Skip to main content

Hiburan

Yusuf Bahrin Jawab Isu Muat Naik Video Tak Berbaju - “Benda Itu Bukan Baharu Dah Lama Saya Buat”

Astro Gempak

Sekilas

  • Pelakon Yusuf Bahrin jelaskan imej tidak berbaju di media sosial bukan perkara baru, malah sudah lama dilakukan sebelum berkahwin.
  • Yusuf tidak membaca komen negatif di media sosial dan memilih fokus pada komen daripada kawan-kawan sahaja.
  • Dia menegaskan imej tersebut tiada kaitan dengan status bercerai dan akan terus hidup mengikut cara sendiri tanpa peduli pandangan orang lain.

Pelakon Yusuf Bahrin menjelaskan imejnya memuat naik kandungan tidak berbaju di media sosial bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya sudah menjadi kebiasaan sejak sebelum dia mendirikan rumah tangga lagi.

Menurut Yusuf, orang ramai hanya kembali menyedari perkara tersebut kebelakangan ini sehingga mencetuskan pelbagai reaksi.

“Kalau kalian kenal saya daripada mula, kandungan atau hantaran saya memang dah lama tak pakai baju, sebelum saya kahwin lagi.

“Tapi orang baru nampak balik saya buat hantaran begitu.

“Biasalah ada yang terkejut atau buat-buat terkejut. Saya rasa benda itu bukan baharu, dah lama saya buat,” katanya.

Mengulas mengenai komen netizen, pelakon berusia 33 tahun itu mengakui dia tidak membaca kebanyakan komen yang ditinggalkan di media sosial.

“Saya tak baca komen. Kalau komen kawan-kawan saja saya baca.

“Kalau nak baca komen semua yang seram memang tidak, biarlah mereka berborak.

“Kadang-kadang mereka bergaduh sesama mereka dalam ruangan komen itu, biarlah,” ujarnya.

Tambahnya, imej tersebut langsung tidak mempunyai kaitan dengan status dirinya selepas bercerai kerana dia sudah lama selesa menjadi diri sendiri.

“Saya dah jumpa diri saya yang lama, tak ada sebab selepas atau sebelum bercerai buat begitu.

“Masa berkahwin masih berstatus suami orang, saya begitu. Selepas pun sama, tiada perbezaan.

“Ini diri saya. Macam saya cakap, saya tak pernah kacau sesiapa,” katanya.

Yusuf berkata, dia memilih untuk meneruskan kehidupan mengikut caranya sendiri tanpa terlalu memikirkan pandangan negatif orang ramai.

“Buat apa yang saya nak buat. Tak peduli apa orang cakap atau nak menghakimi.

“Tak kisah atau ambil hati langsung. Kalau orang suka, suka. Kalau tak suka, nak buat macam mana? Saya tak boleh kawal,” katanya.

Terdahulu, Yusuf mencuri perhatian ramai apabila menawarkan akses gimnasium secara percuma kepada pengikutnya menerusi media sosial, namun perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi susulan penampilannya yang tidak berbaju.

Anda mungkin berminat dengan

Microfiber Singlet Men Jersey Round Neck T shirt Short Sleeve Baju Jersi Lelaki Plain Unisex Quick Dry Baju Sukan

Microfiber Singlet Men Jersey Round Neck T shirt Short Sleeve Baju Jersi Lelaki Plain Unisex Quick Dry Baju Sukan

YONEX Match Plus Sport Socks SSM-1293-MP7-SR | Cushion Support | Antibacterial | 100% Original

YONEX Match Plus Sport Socks SSM-1293-MP7-SR | Cushion Support | Antibacterial | 100% Original

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Yonex Essentia 3 Collection Men's Training Tee 2965

Yonex Essentia 3 Collection Men's Training Tee 2965

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Yonex Unisex Skill6 Badminton Shoe (SKILL6-MBLNLM) Sport Planet 63-04

Yonex Unisex Skill6 Badminton Shoe (SKILL6-MBLNLM) Sport Planet 63-04

Must Watch Video

Advertisement