Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel: Hanya Satu Kerusi! Bintang TTMM2 Manakah Yang Bakal Isi Tempat Kosong? 

Astrogempak BSR

Sekilas

  • Astro buka peluang kepada peserta Talk To My Manager 2 (TTMM2) berusia 18 tahun ke atas untuk bertanding di pentas Big Stage Rocketfuel melalui satu kerusi eksklusif.
  • Penonton diberi kuasa memilih peserta TTMM2 yang layak meneruskan perjalanan mereka dalam pertandingan nyanyian ini.
  • Lima peserta TTMM2 iaitu Viviana, Kim Khairii, Azeva, Cik B dan Hussain diberi peluang beraksi di Big Stage Rocketfuel.

Astro tampil dengan pembaharuan apabila membuka peluang kepada seorang bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2) untuk beraksi di pentas Big Stage Rocketfuel menerusi pilihan peminat. 

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, mekanisme baharu itu diperkenalkan bagi memberi ruang kepada peminat memilih sendiri peserta yang layak meneruskan perjalanan mereka dalam pertandingan nyanyian.

“Apabila kita buat keputusan untuk memperkenalkan mekanisme ini, sebenarnya kita mahu membawa satu pendekatan baharu. Kita sedia maklum semua orang ada pandangan masing-masing. Kalau baca di media sosial, semua orang ada calon pilihan mereka sendiri.

“Jadi sekarang kita beri peluang kepada penonton untuk menentukan sendiri siapa yang mereka mahu lihat masuk,” katanya kepada Gempak. 

Menurut Raqim, pendekatan tersebut juga berkemungkinan akan diperluaskan kepada program-program lain pada masa hadapan.

“Mungkin mekanik untuk Big Stage pun akan berubah pada masa akan datang. Tetapi buat masa ini, kita mahu mencuba mekanisme ini terlebih dahulu,” ujarnya.

Bagaimanapun, Raqim menjelaskan hanya peserta TTMM2 yang berusia 18 tahun ke atas layak dipertimbangkan untuk merebut peluang tersebut.

“Kalau anda lihat, peluang ini hanya dibuka kepada peserta berusia 18 tahun dan ke atas untuk bertanding di pentas vokal selepas ini,” katanya lagi. 

Dalam masa sama, Raqim menegaskan penyertaan ke Big Stage Alpha bukanlah satu kelebihan biarpun peserta berkenaan sudah mempunyai pengalaman menerusi TTMM2.

“Ramai mungkin akan kata mereka sudah mendapat pendedahan, tetapi Big Stage dan Talk To My Manager mencari perkara yang berbeza.

“Bagi saya, mereka akan masuk sebagai peserta baharu, bermula semula dari kosong. Peserta lain di Big Stage juga mempunyai kekuatan vokal yang hebat.

“Jadi kami berharap sesiapa yang dipilih nanti mampu memberi saingan,” tambahnya. 

Mengulas mengenai jumlah tempat yang disediakan, Raqim memaklumkan hanya satu kerusi dibuka untuk peserta TTMM2 menyertai Big Stage Rocketfuel. 

“Buat masa ini, hanya satu,” katanya.

Lima bintang TTMM2 yang diberikan peluang buat beraksi di pentas Big Stage Rocketfuel menerusi exclusive spot adalah Viviana, Kim Khairii, Azeva, Cik B dan Hussain. 

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement