Skip to main content

Hiburan

Pernah Simpan Hasrat Sertai Gegar Vaganza, Ramli M.S Halang Adzrin Adzhar - "Tak Ada Siapa Nak Tengok..."

Astrogempak ADZRIN

Penyanyi dan guru vokal, Adzrin Adzhar mengakui gemar menyertai pertandingan kerana melihat platform tersebut sebagai ruang untuk menguji kemampuan serta memperkenalkan bakat kepada khalayak.

Pernah menyatakan hasrat untuk beraksi di pentas Gegar Vaganza (GV) bagaimanapun impianya itu dihalang oleh juri tetap program berkenaan iaitu, Datuk Ramli M.S.

“Ya, mestilah saya nak masuk sebab saya memang suka masuk pertandingan. Saya pernah tanya Tok Ram untuk masuk dalam GV, dia cakap tak ada siapa nak tengok saya.

“Saya terima hakikat itu dan saya sedar diri. Bagi saya, apa yang dia cakap memang logik sebab akhirnya semua ini adalah bisnes,” katanya kepada Gempak.

Meskipun ada yang beranggapan kenyataan itu mungkin mengguris hatinya, Adzrin menegaskan dia langsung tidak berkecil hati, sebaliknya menerima pandangan tersebut dengan hati terbuka.

“Terasa hati? Saya tidak terasa hati dengan kenyataan Tok Ram itu. Saya harus terima hakikat. Kita pun tahu bagaimana industri ini berjalan. Sudah tentu pihak penganjur mahukan individu yang orang ramai ingin tonton,” ujarnya.

Dalam masa sama, Adzrin berkata dia akan terus memberi fokus kepada kerjayanya sebagai guru vokal sambil menunggu peluang lain yang mungkin hadir pada masa akan datang.

“Tak apa, saya akan terus menjadi guru vokal sahaja tapi saya tidak akan menyerah. Saya sentiasa terbuka sekiranya ada apa-apa tawaran untuk bertanding,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement