Skip to main content

Hiburan

Jofliam Kongsi Inspirasi Nama Anak - “Dylan Nama Maskulin, Asmara Lebih Romantis & Puitis…”

Astro Gempak 460

Sekilas

  • Jofliam memilih nama Dylan Asmara Jofliam untuk anak lelakinya kerana nama itu kedengaran puitis dan mempunyai maksud cinta yang romantis.
  • Nama Jofliam dikekalkan sebagai simbol keturunan dan gabungan nama tersebut dianggap unik serta menarik apabila dipanggil.
  • Jofliam berjanji akan memastikan semua anaknya mempunyai aura tersendiri dan kelihatan handsome, termasuk Han, Yuki, dan Dylan Asmara Jofliam.

Pempengaruh dan usahawan pizza, Jofliam menjelaskan sebab dia memilih nama Dylan Asmara Jofliam buat cahaya mata lelakinya.

Menerusi sesi soal jawab dalam Instagram Story, Jofliam berkata nama tersebut dipilih kerana mempunyai maksud yang indah selain kedengaran lebih puitis.

“Dylan ini nama lelaki maskulin. Asmara pula mengikut kefahaman saya adalah cinta dan kasih sayang.

“Kenapa saya pilih Asmara? Kenapa bukan cinta? Sebab Asmara ini lebih romantis dan lebih puitis,” katanya.

Menurut Jofliam, gabungan nama tersebut juga kedengaran unik dan menarik apabila dipanggil.

“Bayangkan dalam kelas, cikgu panggil ‘Dylan Asmara Jofliam’, semua pandang belakang tengok muka dia.

“Handsome siot,” ujarnya.

Tambahnya lagi, nama Jofliam pula dikekalkan sebagai simbol keturunannya.

“Kenapa Jofliam? Sebab keturunan saya. Sebab itu Dylan Asmara Jofliam.

“Puitis. Handsome saja,” katanya.

Dalam masa sama, Jofliam turut berseloroh bahawa dia mahu memastikan semua anaknya memiliki aura tersendiri.

“Saya akan pastikan anak saya handsome saja. Han, Yuki dan Dylan Asmara Jofliam,” katanya.

Untuk rekod, Jofliam mendirikan rumah tangga bersama Emira Delyati Dewi pada 5 April 2025.

Sebelum itu, dia pernah berkahwin dengan pempengaruh Cik Epal pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki sebelum berpisah selepas 10 tahun bersama.

 

Anda mungkin berminat dengan

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

Selipar Sukan Luar, untuk Lelaki, Eva Beracuan Tebal, Pakaian Musim Panas,Bernafas, Tidak licin, Kasut Coros, Sesuai un

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

ZANZEA Women Vintage Long Sleeve Breasted Ruffled Crew Neck Blouse

ZANZEA Women Vintage Long Sleeve Breasted Ruffled Crew Neck Blouse

【READY STOCK AT Johor】 Hotgirl⭐Women's casual wide leg pants loose pants straight trousers(SIZE: S-3XL)

【READY STOCK AT Johor】 Hotgirl⭐Women's casual wide leg pants loose pants straight trousers(SIZE: S-3XL)

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Must Watch Video

Advertisement