Sekilas
- Big Stage X Rocketfuel musim ketujuh kembali dengan 11 peserta bersaing untuk kontrak pembangunan artis bernilai sehingga RM200,000.
- Qilo menduduki tempat pertama minggu pertama dengan markah 85%, diikuti Yad-z dan Ranisha di tempat kedua dan ketiga.
- Program ini dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria serta boleh distrim di Astro GO dan Sooka.
Program realiti nyanyian Astro iaitu Big Stage kembali untuk musim ketujuh menerusi edisi Big Stage X Rocketfuel.
Selepas kejayaan melahirkan ramai bintang dan bakat sejak enam edisi diperkenalkan, Big Stage X Rocketfuel kali ini tampil dengan kerjasama strategik bersama Rocketfuel Entertainment bagi mencari sensasi hiburan Malaysia yang seterusnya.
Pada minggu pertama, kesemua 11 peserta tidak menunggu lama apabila dilihat menunjukkan belang masing-masing menerusi persembahan yang penuh bertenaga.
Minggu ini juga menyaksikan Qilo berjaya menduduki tempat pertama dengan markah keseluruhan sebanyak 85 peratus.
Sementara itu, kedudukan kedua menjadi milik Yad-z manakala Ranisha pula berada di tempat ketiga.
Sementara itu, Sufie Rose, Aliff Kimiey dan Sabrina menduduki tangga tiga terbawah untuk minggu pertama.
Bagaimanapun, ketiga-tiga peserta menarik nafas lega selepas tiada penyingkiran diumumkan.
Berikut merupakan recap, komen juri serta markah bagi kesemua peserta di minggu pertama Big Stage X Rocketfuel:
1)Adam Nazmiey (Babak Terakhir)
Aisha Retno: Macam mana membuka pentas? Persembahan yang sangat kemas, vokal arrangement yang sangat kemas. Nazdmi awak ada vabitor yang sangat bagus, saya harap minggu depan ada banyak vokal arrangement. Tp saya lebih lagi duo moment.
Hael Husaini: Keputusan produksi satukan anda sangat tepat. Awak mengingatkan saya kepada kisah silam. Paling saya suka ada tenaga atas pentas. Ini adalah a good start untuk opening.
2)Aliff Kimiey (Dibalik Pertanda)
Akim Ahmad: Saya sebenarnya sangat kagum dengan ‘feel’ awak. Awak berjaya sampaikan lagu ini dengan baik. Tapi saya ada sedikit masalah dengan sebutan awak, kena berhati-hati dengan perkataan ‘b’ dan ‘t’. Saya harap lepas ni awak cuba lagi banyakkan pergerakan supaya seiring dengan nyanyian dan suara awak.
3)Sufie Rose (Pulang)
Hael Husaini: Saya tahu ini pertama kali buat anda berada di pentas ini. Sebenarnya pemilihan lagu yang kurang tepat tapi ada bagusnya bila awak masukkan kelebihan awak. Cuma mungkin awak kena pendekkan beberapa notasi kerana balada bukan forte awak. Jangan buat sesuatu yang bukan kelebihan awak. Pakej awak dah ada tapi kena pastikan buat pemilihan yang tepat dalam pemilihan lagu.
4)Danial Kifli (Pergilah Cinta)
Aisha Retno: Sedapnya suara awak, saya suka. Cuma kena banyakkan lagi eye contact dengan kamera serta juri. Setakat ini semuanya bagus dan tahniah.
5)Danny (Potret)
Akim Ahmad: Satu persembahan yang saya rasa sangat bagus sebab awak menunjukkan bahawa ‘less is more’. Awak tak perlu nyanyian yang terlalu banyak teknikal ke apa, tapi just nice saja nyanyian awak. Awak juga adalah peserta yang berjaya tunjukkan apa itu ‘groove’. Tahniah sebab bawa lagu ini dengan baik dan semoga lebih baik pada minggu hadapan.
6)Sabrina (Canggung)
Hael Husaini: Apabila dalam sesuatu program, saya harap awak tunjukkan kehebatan dari minggu pertama tetapi saya tak rasa lagu ini menonjolkan itu. Lagu ini sebenarnya agak susah lebih-lebih lagi patah serta cengkok lagunya. Bila awak nyanyikan saya rasa ada sedikit keras.
Akim Ahmad: Saya rasa mungkin awak salah pemilihan ‘key’ lagu sebab itu cengkok awak tak sampai. Saya harap awak pastikan ‘key’ yang sesuai dengan suara awak supaya ia dapat tonjolkan lagi kebolehan yang awak ada.
7)Hussain (Lelaki Ini)
Hael Husaini: Welcome back! Saya rasa awak dah buktikan yang awak dah ‘redeem’ persembahan minggu lepas. Malam ini awak juga buktikan yang awak layak berada di Big Stage. Ada sedikit kesalahan tapi apa yang saya nak katakan ialah awak ada satu anugerah di mana suara awak sangat ‘crystal clear’. Tahniah!
Aisha Retno: Kamu adalah anugerah Tuhan yang luar biasa, menyanyilah dengan ikhlas kerana keikhlasan itu akan dirasai semua.
Akim Ahmad: Awak ada kejujuran dan keikhlasan. Jadi bila awak nyanyi, nyanyian awak tiada discount dan awak akan bagi 100 peratus. Cuma kena kedekut sikit dalam nyanyian dan simpan sedikit apa yang kita ada.
8)Qilo (If I Ain’t Got You)
Aisha Retno: Suara yang sangat menyakinkan dan ini memang genre anda. Cuma kena berhati-hati sebab dalam minggu -minggu yang seterusnya kami nak lihat kemampuan awak menyanyikan genre yang berbeza. Terima kasih kerana cuba memartabatkan genre r&b dalam industri muzik Malaysia. Teruskan apa yang a
9)Ranisha (Bukan Lagi Kita)
Akim Ahmad: Intonasi yang awak sampaikan semuanya okay cuma saya harapkan lebih daripada awak. Saya nak cari keunikan yang awak ada dan saya harap awak boleh berikan itu. Ekspektasi saya tinggi dan harap awak boleh berikan sesuatu yang boleh menggelikan telinga saya. Persembahan awak bagus tapi saya mahukan lebih lagi daripada awak.
10)Rieffa (Amalina)
Hael Husaini: Saya rasa bukan satu keputusan yang salah saya dan pihak produksi memilih awak. Untuk permulaan di minggu pertama, awak dah buat yang terbaik. Awak memang seorang ‘performer’.
11)Yad-Z (Bukan Dia Tapi Aku)
Aisha Retno: ‘Tone’ awak sangat sedap. Ada sedikit ‘pitching’ yang lari tapi keseluruhannya saya suka persembahan awak malam ni. Cuma nak minta cabarkan diri awak lagi sepanjang dan tunjukkan lagi kebolehan awak.
Sementara itu, berikut merupakan markah penuh kesemua peserta Big Stage X Rocketfuel di minggu pertama:

Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta bakal berentap dengan tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.
Seramai 11 peserta bakal bersaing pada musim ini terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina, duo Adam & Nazmie serta finalis TTMM2 iaitu Hussain yang dipilih menerusi ‘Exclusive Spot’.
Hadiah itu merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.
Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, jangan lupa untuk saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap hari Ahad pada jam 9 malam di Astro Ria serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.