Skip to main content

Rancangan Realiti

Big Stage Rocketfuel: Tiada Penyingkiran! Qilo Dominasi Minggu Pertama

Bakar isteri

Sekilas

  • Qilo menduduki tangga teratas minggu pertama Big Stage X Rocketfuel dengan markah 85% menerusi lagu If I Ain’t Got You.
  • Yad-Z dan Ranisha masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga, manakala Sufie Rose, Aliff Kimiey dan Sabrina berada di tiga terbawah tanpa penyingkiran minggu pertama.
  • Sepuluh peserta akan bersaing selama lapan minggu dengan hadiah utama kontrak pembangunan artis bernilai sehingga RM200,000, disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria.

Pentas minggu pertama program Big Stage X Rocketfuel menyaksikan Qilo menduduki tangga teratas.

Menerusi persembahan memukau dengan lagu If I Ain’t Got You nyanyian Alicia Keys, Qilo berjaya meraih markah keseluruhan sebanyak 85 peratus.

Sementara itu, kedudukan kedua menjadi milik Yad-Z manakala Ranisha pula berada di tempat ketiga.

Sementara itu, Sufie Rose, Aliff Kimiey dan Sabrina menduduki tangga tiga terbawah untuk minggu pertama.

Bagaimanapun, ketiga-tiga peserta itu menarik nafas lega selepas tiada penyingkiran diumumkan untuk minggu pertama.

Untuk minggu pertama ini juga, finalis TTMM2 iaitu Hussain diumumkan sebagai peserta kesebelas dan meraih tempat keempat.

Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta bakal berentap dengan tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.

Seramai 10 peserta bakal bersaing pada musim ini terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina serta duo Adam & Nazmie.

Hadiah itu merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.

Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, jangan lupa untuk saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap hari Ahad pada jam 9 malam di Astro Ria serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

Must Watch Video

Advertisement