Skip to main content

Hiburan

Inteam Bakal Warnai Makan Malam Amal ‘Dari Kasih Ke Ehsan’ Ogos Ini

Astro Gempak 226

Sekilas

  • Global Ehsan Relief akan menganjurkan makan malam amal Dari Kasih ke Ehsan pada 14 Ogos di Dewan Tun Rahah, Kuala Lumpur, dengan persembahan nasyid Inteam dan tausiyah oleh duta organisasi.
  • Majlis ini bertujuan mengumpul dana minimum RM500,000 untuk projek kebajikan seperti Bantuan Kecemasan Gaza dan Projek Umrah Anak Yatim melalui penjualan tiket individu dan meja korporat.
  • Tiket individu dijual bermula RM175 manakala meja korporat antara RM5,000 hingga RM25,000, dengan maklumat lanjut dan pembelian tiket di www.darikasihkeehsan.com.

Organisasi kemanusiaan antarabangsa, Global Ehsan Relief bakal menganjurkan makan malam amal Dari Kasih ke Ehsan bagi menghimpunkan pendana, rakan strategik serta masyarakat yang ingin menyokong usaha kemanusiaan organisasi itu.

Program yang dijadual berlangsung di Dewan Tun Rahah, Kuala Lumpur pada 14 Ogos depan itu turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan nasyid Inteam selain penyampaian tausiyah oleh barisan duta Global Ehsan Relief Malaysia iaitu Ustaz Hanafiah Abdul Malek, Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi dan Ustaz Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau PU Amin.

Majlis berkenaan akan dihoskan oleh pengacara, Fedtri Yahya.

Menurut Pengarah Program, Suffi Shukor, program tersebut bukan sekadar sebuah makan malam amal, sebaliknya menjadi platform untuk mendekatkan masyarakat dengan realiti misi kemanusiaan yang dilaksanakan Global Ehsan Relief.

“Program ini bukan sekadar majlis makan malam amal semata-mata, tetapi ia dirancang sebagai satu pengalaman yang membawa para tetamu menyelami kisah-kisah kemanusiaan melalui perkongsian inspirasi di lapangan sambil berhibur dengan nasyid yang membawa mesej kasih sesama manusia,” katanya.

Tambah Suffi, Malam Dari Kasih ke Ehsan menyasarkan kutipan dana minimum sebanyak RM500,000 bagi membiayai beberapa projek kebajikan termasuk Ehsan Lokal, Bantuan Kecemasan Gaza, Bantuan Musim Sejuk serta Projek Umrah Anak Yatim.

Menurutnya, sasaran tersebut dijangka dapat dicapai menerusi penjualan tiket individu dan meja korporat.

“Tiket individu mula dijual hari ini pada harga bermula RM175, manakala pembelian meja untuk syarikat korporat, agensi kerajaan dan rakan strategik ditawarkan pada harga antara RM5,000 hingga RM25,000 berserta pelepasan cukai,” ujarnya.

Beliau berkata, program tersebut turut membawa mesej bahawa setiap rasa kasih dan keprihatinan perlu diterjemahkan kepada tindakan yang mampu memberi manfaat kepada golongan memerlukan.

“Ia juga merupakan satu seruan kepada masyarakat untuk menjadi sebahagian daripada usaha menyebarkan kebaikan dan memperkukuhkan semangat saling membantu. Inilah manifestasi daripada kasih kepada ihsan,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau membeli tiket boleh melayari laman sesawang rasmi www.darikasihkeehsan.com.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Must Watch Video

Advertisement