Sekilas
- Kamolwan Changgo, peserta Miss Grand Thailand 2026, jelaskan veneer giginya tercabut di pentas gara-gara rosak malam sebelum pertandingan.
- Walaupun insiden itu memalukan, dia kekal tenang dan profesional sambil meneruskan persembahan dengan gigi palsu.
- Malam kemuncak Miss Grand Thailand 2026 akan berlangsung pada 28 Mac di Bangkok, dengan pemenang mewakili Thailand ke Miss Grand International 2026 di India.
Peserta pertandingan ratu cantik Miss Grand Thailand 2026, Kamolwan Changgo tampil menjelaskan situasi sebenar selepas video insiden gigi veneernya tercabut ketika berada di atas pentas pada sesi pertandingan tersebut tular di media sosial.
Menurutnya, masalah itu berpunca daripada veneer giginya yang rosak pada malam sebelum pertandingan.
“Semua ini tentang gigi saya yang tercabut. Malam sebelum itu veneer saya rosak, jadi saya pakai gigi palsu untuk menutupinya.
“Ia tidaklah serius. Ramai mungkin fikir saya tak sepatutnya memakainya, tapi bagi saya ini perkara kecil.
“Tukar krisis menjadi peluang. Terima kasih kepada semua yang risau. Saya okey,” katanya.

Terdahulu, insiden tersebut berlaku ketika Kamolwan sedang memperkenalkan diri di pentas pertandingan di Thailandsebelum gigi palsunya tiba-tiba tercabut.
Walaupun berdepan situasi memalukan, dia kekal profesional apabila meneruskan ucapan, malah sempat mengawal keadaan sebelum meneruskan peragaan seperti biasa.
Tindakan tenang itu meraih pujian ramai yang menganggapnya bijak mengendalikan situasi luar jangka di pentas antarabangsa.
Malam kemuncak Miss Grand Thailand 2026 dijadualkan berlangsung pada 28 Mac ini di MGI Hall, Bravo BKK Mall, Bangkok.
Pemenang bakal dimahkotakan oleh juara tahun sebelumnya, Sarunrat Puagpipar sebelum mewakili Thailand ke pertandingan Miss Grand International 2026 di India.