Skip to main content

Hiburan

“Pergi Jujur Pada Isteri Kau…” - Fyna Jebat Hilang Sabar, Dakwa Sudah 4 Tahun Jadi Wanita Simpanan

Fyna Jebat

Penyanyi, Fyna Jebat meluahkan rasa kecewa selepas terpaksa berdepan dengan perasaan cemburu seorang 'lelaki' yang dianggap melampau.

Menerusi hantaran di Instagram Story, adik kepada penyanyi, Ayda Jebat itu berkata dia sudah empat tahun menjadi wanita simpanan kepada individu tersebut. 

Bagaimanapun, dia tidak mendedahkan identiti individu berkenaan. 

“Aku rasa lama dah aku diam. Kawan aku telefon nak bagi duit raya, mula kau meroyan sampai campak telefon aku ke? Terpaling tersakiti kau ya. Kemain asal gaduh cakap nak berlawan. Habis itu kau nak aku buka buku kau ke macam mana?

“Kau salah orang nak gaduh. Empat tahun simpan aku, kau fikir balik apa kau buat pada aku dan anak aku sampai nak masuk dua tahun dah dia,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fyna juga mempertikaikan sikap individu tersebut yang didakwa tidak berlaku jujur terhadap isterinya. 

Malah, pelantun lagu Menangis Lagi itu turut meminta individu tersebut untuk hadir ke mahkamah. 

“Macam kau tiada kawan perempuan, macam kau terpaling suci. Kalau kau rasa terpaling suci, pergi jujur pada isteri kau. Sampai bila pula hidup aku nak jadi simpanan.

“Sampai anak aku 20 tahun ke nak simpan? Kali ini tiada muka dah untuk kau ya. Sila hadirkan diri di mahkamah bulan empat ya. Jangan rasa terpaling suci sampai terlupa adil,” ujarnya.

Sekadar info, Fyna sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas jurulatih bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan pada tahun 2023. 

Bagaimanapun, pasangan tersebut difahamkan telah pun berpisah. 

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Oversized Crew Neck T-Shirt | Half Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Oversized Crew Neck T-Shirt | Half Sleeve

JisuLife Life 5+ Handheld Fan

JisuLife Life 5+ Handheld Fan

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Harimau Malaya 2025 Jersey Youth

Harimau Malaya 2025 Jersey Youth

DESSINI 1.2L Electric Rice Cooker

DESSINI 1.2L Electric Rice Cooker

Must-Watch Video

Advertisement