Skip to main content

Hiburan

"Target Market Orang Muda, Bukan Semua Lagu Untuk Kita" – Altimet Ulas Dakwaan Lagu Raya Masa Kini Kurang ‘Roh’

Astro Gempak 315

Sekilas

  • Altimet menjelaskan bahawa lagu raya masa kini disasarkan kepada golongan muda dan pasaran umum, terutama dalam genre pop.
  • Beliau menegaskan lagu-lagu baharu mengikuti citarasa semasa dan tidak semestinya kurang berkualiti atau sedap didengar.
  • Altimet mengingatkan bahawa tidak semua lagu perlu digemari oleh semua orang kerana setiap karya mempunyai sasaran pendengar tersendiri.

Penyanyi dan komposer Altimet memberikan pandangan berhubung polemik lagu raya masa kini yang didakwa kurang ‘jiwa’ oleh segelintir pihak.

Menerusi perkongsian di Threads, Altimet menjelaskan bahawa setiap karya mempunyai sasaran pendengar tersendiri, khususnya dalam genre pop yang lebih cenderung kepada golongan muda.

“Tuan silap. Pendapat saya; lagu-lagu baharu ini tuan bukan target demographic dia.

“Bila nak tulis lagu popular (genre pop), target market cenderung kepada orang yang lebih muda. Tak bermakna tak sedap,” katanya.

vdvd

Menurutnya, penghasilan lagu raya masa kini sememangnya dibuat untuk menarik perhatian pasaran umum, selain mengikut citarasa semasa.

“Diorang sedar lagu-lagu itu nak tarik perhatian siapa, iaitu mass market.

“Lagu raya klasik sekarang pun banyak ikut citarasa popular pada masa ia dihasilkan,” ujarnya.

Tambah Altimet, tidak semua karya perlu digemari oleh semua lapisan masyarakat dan perkara tersebut adalah normal dalam dunia seni.

“Tenang. Bukan semua lagu untuk kita, kita tak payah suka semua lagu yang ada,” katanya.

Perkongsian tersebut dipercayai dibuat sebagai respons kepada kenyataan Ridhuan Tee Abdullah yang sebelum ini dipercayai menyuarakan pandangan bahawa lagu raya masa kini kurang ‘roh’.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Must-Watch Video

Advertisement