Skip to main content

Kesihatan/Kesejahteraan

Cuaca Panas Melampau! Ini Trik Mudah Kurangkan Haba Dalam Rumah Tanpa Kos Tinggi

Tips kurangkan bahang rumah

Sekilas

  • Cuaca panas melampau menyebabkan rumah terasa berbahang bukan sahaja pada waktu siang, malah malam juga.
  • Faktor seperti lantai, dinding, langsir, porch dan balkoni menyerap dan menyimpan haba sepanjang hari, lalu melepaskannya semula pada waktu malam.
  • Public Health Malaysia mencadangkan beberapa trik mudah seperti mop lantai waktu petang, siram porch, tutup langsir awal dan buka tingkap bertentangan untuk mengurangkan haba dalam rumah.

Sejak kebelakangan ini, keadaan cuaca yang panas melampau menyebabkan ramai berdepan dengan ketidakselesaan.

Kadang-kadang bukan sahaja pada waktu siang, bahang haba juga boleh terasa pada sebelah malam.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia di Instagram, keadaan rumah yang panas pada waktu malam kadang-kadang bukan disebabkan cuaca sahaja.

Terdapat faktor lain yang menyimpan haba di dalam rumah tanpa sedar.

Antaranya lantai, dinding, langsir, porch, balkoni, semuanya serap panas sepanjang siang.

Disebabkan itu, Public Health Malaysia juga turut berkongsi beberapa trik mudah untuk mengurangkan haba di dalam rumah.

“Bila malam, haba itu dilepaskan semula perlahan-lahan. Sebab itu kipas pasang kuat pun rumah tetap rasa berbahang.

“Antara trik mudah yang ramai tak buat ialah mop lantai waktu petang atau awal malam. Lantai yang panas akan lepaskan haba ke udara dalam rumah.

“Bila dimop dengan air biasa, permukaan lantai jadi lebih sejuk dan haba itu cepat turun. Kesan dia mungkin nampak kecil, tapi ruang rumah boleh rasa lebih nyaman.

“Selain itu, siram porch atau balkoni sekitar jam enam petang supaya simen yang menyimpan panas tidak terus membahang sampai malam.

“Tutup langsir lebih awal pada waktu petang supaya haba matahari tidak terus masuk dan terperangkap dalam rumah.

“Bila matahari sudah turun, buka tingkap yang bertentangan supaya angin boleh melintas dan tolak keluar udara panas.

“Satu lagi punca rumah rasa panas ialah peralatan elektrik yang dibiarkan hidup tanpa perlu. Televisyen, lampu, pengecas, rice cooker mode panas, semua ini tambah haba sedikit demi sedikit.

“Kadang-kadang rumah bukan panas sebab luar semata-mata. Rumah panas sebab haba terkumpul dari semua benda kecil yang kita tak perasan.

“Rumah sejuk bukan bergantung pada aircond sahaja. Kadang-kadang ia bermula dengan langkah mudah seperti mop lantai, siram kawasan luar rumah, tutup langsir tepat waktu, dan beri laluan untuk udara panas keluar,” kongsi hantaran tersebut.

Sumber: Instagram Public Health Malaysia


 


 

Anda mungkin berminat dengan

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Must-Watch Video

Advertisement