Skip to main content

Tok Batin Kongsi Pengalaman Aneh Dialami Jaslinda Dalam Hutan

IMG 5324

Sekilas

  • Pendaki Jaslinda Saludin ditemui selamat selepas hilang 14 hari di Gunung Batu Putih dan mengalami pengalaman aneh mendengar bunyi usaha pencarian tanpa melihat sesiapa.
  • Jaslinda ditemui oleh dua pemancing di kawasan lata air terjun Sungai Woh dalam keadaan lemah dan segera dibawa ke rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu.
  • Setibanya di rumah Tok Batin, Jaslinda dijamu dengan makanan dan minuman untuk memulihkan tenaga selepas pengalaman mencemaskan di hutan.

Pendaki, Jaslinda Saludin, yang ditemui selamat selepas hilang selama 14 hari di Gunung Batu Putih sejak 24 Mei lalu, dikatakan mengalami pengalaman aneh apabila mendengar bunyi usaha mencarinya di dalam hutan, namun tidak melihat sesiapa di kawasan sekitarnya.

Perkara itu dikongsikan Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu di Pos Musoh, di sini, Mohd Asmadi Abdullah, 63.


Mohd Asmadi memaklumkan bahawa Jaslinda, 49, dibawa ke rumahnya selepas diselamatkan berhampiran sungai di perkampungan Orang Asli itu.


Katanya, Jaslinda kemudian memberitahu bahawa ketika berada dalam hutan, beliau menyedari seperti ada individu di kawasan berhampiran yang memanggil namanya, menyebabkan wanita itu berasa gembira.

Bagaimanapun, beliau berkata, Jaslinda menyatakan selepas diamati, wanita terbabit mendapati tiada orang di kawasan sekitarnya walaupun memang ada terdengar bunyi usaha pencarian sedang dilakukan.

“Semalam, Jaslinda memberitahu saya yang ketika berada dalam hutan itu, macam ada orang memanggilnya menyebabkan dia berasa gembira, tetapi mendapati tiada orang.

“Dia kata memang ada dengar macam bunyi wisel dan seumpamanya.

“Cuma, dia tidak nampak sesiapa walaupun terasa macam ada ramai orang di sekeliling ketika itu,” katanya kepada pemberita di kampung itu, hari ini.

Semalam, Jaslinda berjaya ditemui selamat oleh dua pemancing yang juga penduduk Kampung Lubuk Gaharu, Nazri a/l Bah Eng, 55, dan Bah Roslan Bah Sulpok, 51.

Jaslinda dijumpai di kawasan lata air terjun Sungai Woh berhampiran kampung itu ketika mahu menyeberangi sungai terbabit dengan menggunakan jambatan kayu yang sudah uzur dan reput.

Sejurus menjumpai Jaslinda yang berada dalam keadaan lemah kira-kira jam 5 petang, Nazri dan Bah Roslan dengan bantuan penduduk kampung segera membawanya ke rumah Mohd Asmadi yang terletak hanya sekitar 300 meter dari lokasi itu.

Menceritakan lanjut, Mohd Asmadi memaklumkan bahawa sejurus dibawa ke rumahnya, Jaslinda dijamu dengan beberapa makanan termasuk mi segera, nasi berlauk ayam dan ikan tenggiri serta sambal petai, selain minuman kopi.

Sementara itu, Nazri pula berkata, Jaslinda berada dalam keadaan sangat lemah ketika ditemui.

Menurutnya, walaupun komuniti kampung itu tidak terbabit operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda, mereka termasuk beliau sedia maklum mengenai insiden kehilangan wanita berkenaan yang mendapat liputan meluas, termasuk dalam media sosial.

Sumber: Buletin TV3

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must Watch Video

Advertisement