Skip to main content

Hiburan

Ditemukan Selepas 14 Hari, Ini Kronologi Kehilangan Jaslinda Saludin

Jaslina Saludin

Sekilas

  • Pendaki wanita Jaslinda Saludin yang hilang sejak 23 Mei ditemui selamat selepas 14 hari di kawasan berhampiran Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu, Pos Musoh.
  • Operasi mencari dan menyelamat melibatkan pelbagai agensi termasuk sukarelawan Orang Asli serta penggunaan helikopter dan teknologi komunikasi canggih.
  • Gunung Batu Putih di Tapah kini ditutup kepada orang awam dan aktiviti pendakian berisiko dilarang sementara waktu bagi memastikan keselamatan.

Pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang dilaporkan hilang ketika memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei lepas melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh telah pun dijumpai dalam keadaan yang selamat selepas 14 hari hilanh.

Difahamkan, Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun mangsa dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh Malim Gunung Perhutanan (MGP) pada 24 Mei (7.30 pagi).

Berikut Gempak kongsikan kepada anda kronologi kes kehilangan Jaslinda:

23 Mei (Sabtu)

Jaslinda menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman bersama 13 peserta lain dan dua malim gunung.

24 Mei (Ahad)

Seorang peserta pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami sesak nafas dan muntah darah. Mereka berhenti bersama malim gunung di Kem Batu Kor.

Jaslinda juga turut berhenti kerana sakit kaki, namun dipercayai meneruskan pendakian secara bersendirian untuk mengejar kumpulan di hadapan ke puncak Gunung Batu Putih.

Mangsa kali terakhir dilihat sekitar jam 7.30 pagi oleh malim gunung sebelum dilaporkan hilang.

25 Mei (Isnin)

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) secara rasmi digerakkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama beberapa agensi lain.

Pasukan khas STORM diturunkan menggunakan helikopter ke puncak Gunung Batu Putih bagi memulakan pencarian dari kawasan tinggi.

Pasukan menemui kesan tapak kasut dipercayai milik Jaslinda di kawasan bukan laluan utama pendakian.

26 Mei (Selasa)

Operasi SAR fokus ke kawasan di laluan antara Kem Sukaneka, Gunung Rayu dan Pos Musoh selepas mangsa disyaki tersasar daripada laluan asal pendakian.

Pihak SAPURA dipanggil untuk menambah baik sistem komunikasi Government Integrated Radio Network (GIRN).

Pada lewat petang, pasukan di lapangan menemui botol air, suplemen, bekas suplemen, pembalut gula-gula dan jejak tapak kaki.

27 Mei (Rabu)

Petunjuk baharu ditemui termasuk botol air dan bungkusan suplemen dipercayai milik mangsa di laluan menuju Gunung Rayu.

Pasukan penyelamat terus berkampung di puncak, Pasukan STORM kumpulan kedua mula beroperasi.

28 Mei (Khamis)

Memasuki fasa kritikal selepas kehilangan lebih 72 jam dengan jangkaan mangsa semakin lemah akibat kekurangan air dan makanan.

Polis merakam keterangan enam malim gunung dan suami mangsa.

Seramai 92 anggota pelbagai agensi berada di lapangan.

29 Mei (Jumaat)

Tumpuan operasi SAR beralih ke kawasan Sungai Ayer Busok berdasarkan kemungkinan mangsa turun mencari sumber air untuk kelangsungan hidup.

Menteri Besar Perak memohon campur tangan dan kepakaran Tok Batin serta komuniti Orang Asli tempatan untuk menjejak mangsa.

30 Mei (Sabtu)

Operasi diteruskan tetapi belum ada keputusan untuk menghentikan operasi.

31 Mei (Ahad)

Pasukan SAR meneliti kamera rakaman Jabatan PERHILITAN di beberapa lokasi laluan pendakian.

Rakaman menunjukkan Jaslinda melalui kamera jam 11.22 pagi, pada 24 Mei, namun tiada bukti beliau berpatah balik.

1 Jun (Isnin)

Lapan anggota PGA diterbangkan ke sektor pencarian menggunakan helikopter untuk memperkukuhkan operasi.

JBPM mengumumkan bantuan 22 sukarelawan Orang Asli Kampung Ampang Woh akan menyertai operasi.

2 Jun (Selasa)

Sukarelawan Orang Asli digerakkan untuk membantu pencarian di kawasan luar trek pendakian. Mereka dijadualkan menjalankan pencarian antara lima hingga enam hari.

Mesyuarat khas memutuskan operasi SAR diteruskan dalam skala kecil.

3 Jun (Rabu)

Operasi SAR diteruskan dalam skala kecil.

Polis merakam percakapan 14 rakan mangsa yang menyertai pendakian.

Polis memaklumkan kira-kira 95 peratus kawasan Gunung Batu Putih sudah diperiksa sepanjang 11 hari operasi SAR.

4 Jun (Khamis)

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Datuk Mohd Basri Abdul Manaf mengumumkan kawasan pendakian Gunung Batu Putih di Tapah ditutup kepada orang awam berkuat kuasa serta-merta sehingga suatu tarikh dimaklumkan kelak.

Sukarelawan Orang Asli berjanji meneruskan pencarian meskipun operasi SAR mungkin dihentikan suatu hari nanti.

5 Jun (Jumaat)

Pembabitan orang awam serta individu bukan anggota Malim Gunung Perhutanan (MGP) tidak dibenarkan dalam operasi SAR disebabkan faktor keselamatan.

Jabatan Perhutanan Perak (JPNPk) melarang kegiatan pendakian secara 'dayhike' atau 'compressed hike' di pergunungan berisiko di Perak berkuat kuasa serta-merta.

6 Jun (Sabtu)

Jaslinda ditemui selamat di kawasan berhampiran Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu di Pos Musoh.

Mangsa ditemukan oleh seorang penduduk, Nazri a/l Bah Eng, kira-kira 3 petang, dan memaklumkan kepada anak saudara mangsa yang berada di Johor.

Mangsa ditempatkan sementara di rumah Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu.

Sumber: Berita Harian

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Must Watch Video

Advertisement