Sekilas
- Pelakon Fify Azmi berkongsi bahawa jadual hariannya sangat padat sehingga tiada masa untuk meluangkan masa di media sosial.
- Fify memulakan hari dengan senaman cardio dan diikuti dengan pelbagai kerja serta urusan harian sehingga malam.
- Beliau menegaskan bahawa kehidupan yang menyeronokkan tidak perlu dipamerkan kepada orang ramai, sebaliknya lebih bermakna jika dinikmati secara peribadi.
Pelakon Fify Azmi mengakui dirinya ingin mempunyai masa lapang seperti orang lain.
Menerusi perkongsian di Threads, Fify berkata jadual hariannya sudah penuh dengan pelbagai aktiviti sehingga tidak sempat meluangkan masa di media sosial.
"Sejujurnya, kadang-kadang teringin juga ada banyak masa lapang macam tu.
"Hari aku bermula dengan cardio, kerja dan macam-macam urusan harian. Tahu-tahu dah malam, nak scroll media sosial pun tak sempat sangat," tulisnya.
Dalam masa sama, Fify menegaskan bahawa kehidupan tidak semestinya perlu dipamerkan kepada orang ramai, sebaliknya lebih bermakna jika dinikmati secara peribadi.
"Hidup yang seronok tak semestinya kena ada penonton. Ada benda yang lebih seronok apabila kita nikmati momen itu sendiri," ujarnya.