Sekilas
- Azeva Natassha, anak penyanyi Ameng Spring dan penerbit Datuk A. Aida, menjadi perhatian netizen kerana masih belum berhijab.
- Ustaz Dr Mohd Izhar Ariff mendoakan kejayaan Azeva dan menasihatinya untuk memakai tudung secara perlahan-lahan, sambil memuji konsistensinya dalam menunaikan solat.
- A. Aida mendedahkan Azeva akan solat sebelum bersolek untuk persembahan dan dia juga mengajak anaknya memakai tudung bersama-sama.
Penampilan anak kepada penyanyi Ameng Spring dengan penerbit Datuk A. Aida iaitu Azeva Natassha yang masih belum berhijab menjadi bualan netizen baru-baru ini.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, bapa angkat kepada Azeva iaitu Ustaz Dr Mohd Izhar Ariff mendoakan kejayaan serta sempat menitipkan nasihat buat penyanyi itu untuk memakai tudung.
“Ustaz doakan semoga Tasha berjaya… jangan tinggal sembahyang. Biarlah apa orang nak cakap, yang penting istiqamah dan konsisten.
“Selepas itu, slow slow la kan… manager pun dah tutup aurat. Lepas ini Tasha pula. Slow slow,” katanya.
Dalam pada itu, A. Aida mendedahkan anak perempuannya itu akan menunaikan solat sebelum bersolek untuk membuat persembahan di pentas Talk To My Manager (TTMM).
“Sembahyang, Alhamdulillah… tiap kali sebelum persembahan kita sebelum make up… kita kena tunggu dia solat dulu. Alhamdulillah. Sebab itu orang kata ‘don’t judge a book by its cover’,” kata A. Aida.
A. Aida turut memberitahu dia ada mengajak anak perempuannya itu untuk memakai tudung bersama-sama.
“Saya masih pakai tudung pun, saya ada ajak dia pakai sekali,” katanya lagi.
Terdahulu, seorang netizen meminta penyanyi Ameng Spring untuk menegur anak perempuannya iaitu Azeva Natassha untuk menutup aurat.
Ameng yang ketika membuat siaran langsung di TikTok menegaskan, dia sudah berulang kali menasihati anak perempuannya mengenai perkara itu.
Sumber - TikTok