Sekilas
- Jaslinda Saludin, pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih sejak 24 Mei, telah ditemui selamat dan sedang menerima rawatan awal.
- Beliau memohon maaf dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia ketika dibawa keluar dari kawasan pendakian.
- Proses membawa keluar Jaslinda dijangka mengambil masa kira-kira satu jam melalui Kampung Sungai Tidung.
Pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, memohon maaf kepada rakyat Malaysia.
"Terima kasih, minta maaf rakyat Malaysia," katanya ringkas ketika menerima rawatan awal dalam ambulans Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Kampung Lubuk Gaharu, di sini.
Beliau yang ditemui selamat kira-kira jam 3 petang tadi berkata demikian ketika dalam proses dibawa keluar melalui Kampung Sungai Tidung.
Perjalanan membawa keluar mangsa dijangka mengambil masa kira-kira satu jam lagi.
Jaslinda sebelum ini dilaporkan hilang ketika melakukan pendakian di Gunung Batu Putih pada 24 Mei lalu.
Sumber: Berita Harian