Skip to main content

Viral

Piala Dunia 2026: Penyokong Jepun Teruskan Tradisi Bersih Stadium: “Ini Tanda Hormat…”

Astro Gempak jepun

Sekilas

  • Penyokong bola sepak Jepun teruskan tradisi membersihkan stadium selepas perlawanan Piala Dunia 2026, mendapat pujian ramai.
  • Video aksi mereka mengutip sampah di Stadium Dallas selepas perlawanan Jepun vs Belanda tular di media sosial dan dikongsi oleh FIFA.
  • Tindakan ini dianggap sebagai tanda hormat kepada pemain, penyokong lain, dan penganjur, serta sudah diamalkan sejak Piala Dunia 1998.

Penyokong bola sepak Jepun yang hadir ke perlawanan di Piala Dunia 2026 sekali lagi menyorot perhatian apabila meneruskan ‘tradisi’ membersihkan kawasan stadium selepas pertandingan berakhir.

Sikap murni  ribuan rakyat Jepun mendapat pujian selepas video aksi-aksi penyokong membersihkan Stadium Dallas selepas pasukan negaranya terikat 2-2 sewaktu menentang Belanda beredar di media sosial. Video tersebut dikongsikan di akaun Instagram rasmi FIFA.

Kumpulan penyokong yang dikenali sebagai Samurai Blue itu dilihat membuka plastik yang dibawa sebelum mula memungut sampah seperti bekas botol minuman, cawan plastik sehingga sampah-sampah kecil di sekitar mereka.

Menariknya, penyokong Jepun tidak hanya melakukan hal tersebut sewaktu pasukan kesayangan mereka beraksi tetapi turut mengutip sampah selepas menonton perlawanan lain.

Salah seorang penyokong yang ditemu bual FIFA memberitahu tindakan yang dilakukan adalah sebagai sebuah penghormatan buat semua pihak yang terlibat dengan penganjuran temasya terbesar dunia itu.

“Ini adalah tanda hormat kepada semua. Hormat buat para pemain, hormat sesama penyokong. Kami tidak ingin stadium kotor dan berlalu pergi. Jadi kami melakukannya (mengutip sampah),” ujar seorang penyokong saat temu bual bersama FIFA.

Ironi tindakan Samurai Blue mengutip sampah di stadium juga pernah tular sewaktu Piala Dunia 2022 berlangsung di Qatar. Ribuan penyokong Jepun telah mendapat pujian dunia dengan tahap kebersihan dan keprihatinan mereka. Tindakan mengutip sampah telah terlihat dilakukan sejak Piala Dunia 1998.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

LAVEN Gradient Rayon Cotton Scarf Wide Soft Brimmed Double Stitch Modal Cotton Scarf Muslim Women Shawl

Nike Dri-FIT Club

Nike Dri-FIT Club

Must Watch Video

Advertisement