Skip to main content

Hollywood

Dua Bulan Sebelum Maut, Oliver Tree Cakap Keluarga Tak Akan Dapat ‘Satu Sen’

Astro Gempak oliver (1)

Sekilas

  • Dua bulan sebelum kemalangan helikopter yang meragut nyawanya, Oliver Tree berkongsi bahawa semua asetnya akan diserahkan kepada artis generasi baharu dan bukan kepada keluarga atau warisnya.
  • Oliver Tree menegaskan bahawa walaupun dia mempunyai isteri dan anak, mereka tidak akan menerima sebarang harta daripadanya kerana dia mahu memastikan anak-anak tidak dimanjakan.
  • Penyanyi itu juga percaya bahawa khalayak hanya akan benar-benar menghargai karya seninya selepas dia meninggal dunia pada usia 32 tahun dalam kemalangan di Brazil.

Dua bulan sebelum maut dalam kemalangan helikopter pada 14 Jun lalu, penyanyi Oliver Tree sempat berbicara mengenai harta dan aset yang dimiliki sepanjang menjadi artis.

Dalam temu bual di Zach Song Show, penyanyi lagu Life Goes On memberitahu keluarganya tidak akan mendapat satu sen atau aset miliknya selepas dia meninggal dunia.

Semua aset yang diperoleh sepanjang menjadi seniman akan diserahkan kepada artis generasi baharu.

“Saya tidak percaya harta atau aset saya boleh diberikan kepada keluarga saya. Jadi bila saya mati, tiada seorang pun ahli keluarga saya yang akan memperoleh duit saya.

“Dan jika saya berkahwin ada isteri dan anak, mereka juga tidak akan mendapat satu sen pun duit saya. Saya akan pastikan anak pergi ke sekolah saya tidak akan memanjakan mereka. Itu persetujuannya.

“Semua duit saya akan kembali kepada seniman,” katanya seperti dilaporkan Today.

Malah dałam temu bual sama Tree yang meninggal dunia pada usia 32 tahun mengatakan khalayak hanya akan mengerti dan menikmati karyanya selepas dia meninggal dunia.

“Khalayak akhirnya akan mengerti, menikmati dan menghargai karya saya selepas saya tiada,” katanya.

Pemilik nama sebenar Oliver Tree Nickell sebelum ini sedang dalam siri jelajah konsert yang bermula pada 30 Mei lalu sebelum maut dalam kemalangan yang membabitkan dua helikopter di Brazil.

Selain Tree, lima individu lain termasuk pempengaruh Argentina turut maut.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

Must Watch Video

Advertisement