Skip to main content

Selebriti

"Semua Orang Nak..." - Zarina Anjoulie Dedah ‘Darkside’ Golongan T20

Astrogempak

Sekilas

  • Zarina Anjoulie berkongsi bahawa semakin banyak wang dimiliki, semakin tinggi komitmen dan perbelanjaan yang perlu ditanggung.
  • Dia pernah mengalami situasi di mana orang cuba mengambil kesempatan dan meminta wang daripadanya.
  • Untuk elak gangguan, Zarina memilih merahsiakan keadaan kewangannya dan memberitahu orang ramai dia hidup sederhana.

Pelakon, Zarina Anjoulie tampil memberi pandangan selepas seorang individu di Threads memuat pertanyaan terbuka mengenai ‘darkside’ golongan berpendapatan tinggi (T20).

Mengulas mengenai perkara itu, Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju berkata bahawa semakin besar jumlah wang yang dimiliki, semakin tinggi juga komitmen dan perbelanjaan yang perlu ditanggung.

“Lagi banyak duit, lagi banyak masalah datang dan lagi banyak berbelanja. Dulu RM150 boleh je hidup, sekarang RM125,000 boleh habis dalam masa dua bulan,”tulisnya.

Dalam masa sama, Anju turut mendakwa dirinya pernah berdepan situasi apabila ada individu cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya, termasuk mereka yang mahu ‘menempel’ serta meminta wang.

“Beli apa pun tak ingat. Selepas itu, semua orang nak menempel dan ada juga yang siap ugut kalau tak kasi duit,”ujarnya.

Justeru itu, dia memilih untuk merahsiakan keadaan kewangannya dengan memaklumkan pada orang ramai bahawa dia kini hidup dalam keadaan lebih sederhana bagi mengelakkan dirinya terus menjadi sasaran.

“Akhirnya, saya lari dan duduk dalam hutan sambil pakai kereta buruk. Kemudian saya bagitahu semua orang yang saya miskin dan sendu. Sejak hari itu, ramai yang berhenti kacau saya dan kini hidup saya aman,”katanya.

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

【1BOX 4PCS】Kissy内裤 Kissy Female Underwear panties comfortable hip-lifting high elasticity breathable sexy mid-waist

【1BOX 4PCS】Kissy内裤 Kissy Female Underwear panties comfortable hip-lifting high elasticity breathable sexy mid-waist

(SY Shoes) Original KORAKOH Quality Rubber Rain Boots/Kasut Air Getah/Kasut Boot/Kasut Hujan (CKS 6000)

(SY Shoes) Original KORAKOH Quality Rubber Rain Boots/Kasut Air Getah/Kasut Boot/Kasut Hujan (CKS 6000)

BLANK Car Perfume

BLANK Car Perfume

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

Must Watch Video

Advertisement