Skip to main content

Konsert

Fabio Asher Jatuh Cinta Dengan Nasi Tomato, Nadhif Basalamah Suka Lepak Bangsar - “Malaysia Sudah Menjadi Rumah Kedua”

Bakar isteri

Sekilas

  • Penyanyi Indonesia Fabio Asher dan Nadhif Basalamah akan berkongsi pentas buat pertama kali dalam Konsert Rumah Hati di Megastar Arena Kuala Lumpur pada 26 Julai ini dengan tema 'Satu Rasa, Dua Cerita'.
  • Kedua-dua penyanyi menganggap Malaysia sebagai rumah kedua dan peluang ini juga untuk mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia melalui muzik.
  • Fabio gemar nasi tomato manakala Nadhif memilih nasi lemak sebagai makanan kegemaran mereka setiap kali berkunjung ke Malaysia.

Buat pertama kali, penyanyi Indonesia Fabio Asher dan Nadhif Basalamah bakal berkongsi pentas di Konsert Rumah Hati yang bakal diadakan di Megastar Arena Kuala Lumpur pada 26 Julai ini.

Dengan membawa tema 'Satu Rasa, Dua Cerita', konsert tersebut dilihat cukup dekat dengan identiti kedua-dua penyanyi berkenaan yang sering menyampaikan lagu-lagu penuh emosi. 

Rumah Hati sendiri melambangkan sebuah ruang yang menyimpan pelbagai rasa, kenangan serta kisah cinta dan luka yang pernah dilalui seseorang.

Kedua penyanyi terkenal itu turut meluahkan rasa teruja untuk bergabung dalam satu pentas meskipun jarang berpeluang bertemu dalam mana-mana acara sebelum ini.

Dalam masa sama, Fabio dan Nadhif menyifatkan kehadiran mereka di Malaysia sebagai satu pengalaman yang cukup istimewa.

Menurut Fabio, Malaysia sudah dianggap sebagai rumah keduanya kerana hampir setiap tahun dia akan kembali bertemu peminat di negara ini.

“Bagi saya, Malaysia sudah menjadi rumah kedua. Hampir setiap tahun saya akan kembali ke Malaysia. Kali ini mungkin dengan konsep yang berbeza dan Malaysia mempunyai tempat yang istimewa kerana peminat saya di sini sangat teruja setiap kali saya datang.

“Saya harap kunjungan kali ini akan menjadi satu memori yang bermakna kerana saya datang bersama adik saya, Salama,” katanya kepada Gempak.

Sementara itu, Nadhif pula berkata kunjungannya ke Malaysia bukan sahaja kerana sokongan peminat, malah turut menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

“Secara peribadi, saya sentiasa kembali melawat Kuala Lumpur kerana saya rasa ia dapat mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

“Kita merupakan negara serumpun. Saya percaya muzik mempunyai keupayaan untuk menyatukan tenaga dan perasaan dengan cara yang kadang-kadang sukar untuk kita fahami.

“Sebab itu, saya sentiasa gembira untuk kembali ke Malaysia. Saya rasa itu adalah salah satu sebab mengapa saya memilih untuk sentiasa datang semula ke sini,” ujarnya.

Dalam pada itu, kedua-dua penyanyi tersebut turut berkongsi perkara pertama yang akan dicari sebaik sahaja tiba di Malaysia, termasuk makanan kegemaran masing-masing.

Menurut pelantun lagu Rumah Singgah itu, dia sudah jatuh hati dengan nasi tomato selepas pernah diperkenalkan oleh peminatnya di Malaysia.

“Perkara pertama yang saya akan cari adalah nasi tomato. Saya tahu nasi lemak, tetapi nasi tomato memang menjadi pilihan saya.

“Saya sudah lupa nama tempatnya, tetapi saya pernah diberikan oleh peminat di Malaysia dan rasanya sangat sedap. Mungkin nanti saya akan bertanya kepada peminat di Malaysia untuk tahu tempat terbaik mendapatkan nasi tomato,” jelasnya.

Manakala, penyanyi Penjaga Hati itu pula berkongsi bahawa nasi lemak menjadi pilihan utamanya setiap kali berkunjung ke Malaysia.

“Kalau saya, nasi lemak. Ia merupakan makanan kebangsaan dan semua orang tahu mengenainya. Kegemaran saya adalah Nasi Lemak Bumbung. Saya juga suka lepak di kawasan Bangsar seperti APW (A Place Where). Kalau mahu cari saya, carilah di kawasan Bangsar,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must Watch Video

Advertisement