Skip to main content

Selebriti

Sampai Kena Paksa Makan, Noniswara Imbau Kembali Keadaan Erysha Emyra Di Hospital - "Selalu Kena Suap Dengan Ayah..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Datin Seri Noniswara Baharuddin berkongsi pengalaman anaknya, Erysha Emyra, yang hilang selera makan dan terpaksa dipaksa makan ketika berada di hospital selepas kehilangan suami tercinta.
  • Noniswara menceritakan Erysha seorang anak yang sangat manja dan sejak kecil sering disuap makan oleh keluarganya, terutama arwah bapanya.
  • Bapa Erysha, Datuk Zakaria Abdul Rahman, meninggal dunia selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari Jumaat.

Ibu kepada pelakon, Erysha Emyra iaitu Datin Seri Noniswara Baharuddin, 56, mengimbau kembali keadaan anaknya ketika kehilangan suami tercinta, Datuk Zakaria Abdul Rahman.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Noniswara mendedahkan bahawa Erysha hilang selera makan sehingga terpaksa dipaksa dan disuap makanan ketika berada di hospital.

"Momen ini ketika di hospital. Erysha tiada selera makan dan kena paksa makan," tulisnya.

Menurut Noniswara, Erysha seorang anak yang sangat manja dan sejak kecil lagi sering disuap makan oleh ahli keluarganya, terutama arwah bapanya.

"Sejak kecil lagi, kalau makan memang selalu kena suap dengan ayah, saya atau abang dia. Itulah Erysha, seorang yang sangat manja dan selamanya gadis kecil kami," ujarnya.

Terdahulu, bapa Erysha dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU)

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Must Watch Video

Advertisement