Sekilas
- Mekyun berkongsi pendapatnya tentang tabiat kebersihan selepas guna tandas yang berbeza mengikut budaya dan negara di platform Threads.
- Dia sukar membayangkan menggunakan tisu sahaja tanpa air kerana dibesarkan dengan amalan menggunakan air sejak kecil.
- Ketika melancong ke negara tanpa kemudahan air atau bidet, Mekyun sentiasa bawa botol kosong untuk memastikan kebersihan diri terjaga.
Personaliti media sosial, Mekyun mendapat perhatian netizen selepas meluahkan pendapat peribadinya mengenai tabiat kebersihan selepas menggunakan tandas yang berbeza mengikut budaya dan negara.
Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Mekyun berkata sebagai individu yang dibesarkan dengan amalan menggunakan air sejak kecil, dia sukar membayangkan dirinya bergantung sepenuhnya kepada tisu untuk membersihkan diri.
“Personal opinion. Mekyun curious sampai sekarang, macam mana orang boleh kencing atau poo poo tanpa guna air?
“Tak rasa macam kurang selesa ke kalau wipe guna tisu je?” soalnya.

Dalam hantaran yang sama, Mekyun turut mendedahkan dia sentiasa bersedia membawa botol kosong ketika melancong ke negara yang tidak menyediakan bidet atau kemudahan air di tandas.
Jelas Mekyun, langkah itu menjadi antara perkara wajib yang dilakukannya bagi memastikan keselesaan dan kebersihan diri sentiasa terjaga ketika berada di luar negara.
“Mungkin sebab Mekyun dah biasa guna air dari kecil kot.
“Sampai kalau travel ke mana-mana yang tak ada bidet, Mekyun akan standby botol air kosong. Saya tak boleh kalau tandas tak ada air atau bidet,” kongsinya.
Pandangan itu tenyata mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata turut bersetuju dengan Mekyun.