Skip to main content

Selebriti

“Rasa Emo Sebab Ini Kali Pertama Kami…” - Puteri Aishah

ASTROGEMPAK Puteri Aishah

Sekilas

  • Puteri Aishah berkongsi perasaan sedihnya beraya kali pertama tanpa kehadiran arwah ibunya, terutama ketika berpisah dengan adik perempuannya selepas cuti raya singkat.
  • Dia berharap adiknya cepat bertemu jodoh supaya tidak berasa sunyi apabila berjauhan.
  • Walaupun beraya di Kuala Lumpur bersama keluarga mentua, Puteri merancang pulang ke Port Dickson untuk melawat kubur ibunya dan menemani adiknya.

Sambutan Aidilfitri pada tahun ini cukup menyentuh hati buat pelakon Puteri Aishah memandangkan pertama kali beraya tanpa arwah ibunya. 

 

Menerusi hantaran di Threads, Puteri berkongsi dia tidak dapat menahan perasaan sedih terutama ketika berpisah dengan adik perempuannya yang pulang selepas cuti raya singkat.

 

“Saya menangis masa adik saya nak balik. Dia dah habis cuti. Dapat raya sekejap saja dengan dia. Rasa emo sebab ini kali pertama kami raya tak ada mama. 

 

“Selalu adik saya balik, saya tak ada la emo sangat. Tahun ini sedih sangat,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang sama, dia turut mendoakan adiknya dipertemukan jodoh agar tidak perlu berasa sunyi apabila berjauhan.

 

“Saya sangat berharap adik saya jumpa jodoh cepat, jadi saya tak sedih sangat fikir dia selalu sorang-sorang. Amin,” ujarnya lagi. 

 

Sebelum ini, Puteri Aishah memberitahu dia tidak membuat persiapan rapi untuk sambutan Aidilfitri tahun ini kerana masih terkesan dengan pemergian ibu tercinta, Norita Sulaiman.

 

Walaupun beraya di Kuala Lumpur bersama keluarga mentua, dia merancang untuk pulang ke Port Dickson bagi melawat kubur ibunya dan menemani adiknya yang masih bujang.

 

Pada Januari lalu, Puteri Aishah berkongsi berita sedih mengenai pemergian ibunya selepas hampir 10 tahun melawan penyakit kanser. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

KM Daisy Slim Straight Cut Women Drawstring Pants [P6998]

KM Daisy Slim Straight Cut Women Drawstring Pants [P6998]

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Happy Baby Gold Wafer Coin

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

Seluar Wanita Palazzo Straight Cut Slack Pant With Pocket - Straight Cut 1993

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

Advertisement