Sekilas
- Datuk AC Mizal memuji persembahan khas Adrian Adam, anak pelakon Amyza Aznan, yang menyanyikan lagu Ku Mohon dengan penuh penghayatan.
- AC Mizal menyifatkan Adrian sebagai calon kuat yang mampu meragut kejuaraan jika menyertai Talk To My Manager 2 musim ini.
- Adrian terpaksa menarik diri daripada program tersebut kerana masalah kesihatan, selepas disahkan menghidap kanser tulang pada bulan Ramadan lalu.
Juri tetap Talk To My Manager 2 (TTMM2), Datuk AC Mizal memuji persembahan khas daripada anak pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam.
Menurut AC Mizal, Adrian mampu menjadi pesaing hebat kepada bintang TTMM2 sekiranya dia menyertai musim kali ini.
“Adrian 36 tahun saya dalam industri saya rasa cukup bertuah sebab kadang-kadang kita lupa untuk menghargai benda yang berlaku sebelum, selepas dan ketika ini.
"Ketika ini saya rasa bertuah sebab suara awak sangat beautiful, manager lain patut rasa bersyukur awak tak masuk sebab awak antara orang yang boleh meragut kejuaraan orang lain.
“Awak nyanyi atas kerusi, semuanya berbeza dari segi teknikal semua berbeza. Cara penghayatan awak sangat terbaik. Awak tak rasa kekurangan tapi awak bagi kelebihan kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya kepada Adrian.
Adrian mempersembahkan lagu Ku Mohon nyanyin asal Datuk Sheila Majid.
Sekadar info, Adrian difahamkan bakal menjadi salah seorang bintang Talk To My Manager 2 bersama Amyza namun terpaksa menarik diri kerana masalah kesihatannya.
Terdahulu, Amyza berkongsi berita sedih apabila Adrian disahkan menghidap kanser tulang pada bulan Ramadan lalu.
Perkara tersebut mengulangi pengalaman pahit tahun lalu apabila anak sulungnya, Arwah Andre Mikhail disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.