Skip to main content

Rambut Warna Merah & Tak Lancar Cakap Indonesia Punca Jadi Mangsa Buli, Tika Bravani Akui Pernah Rasa Terasing Di Sekolah

rgdh

Sekilas

  • Pelakon Indonesia, Tika Bravani, berkongsi pengalaman pernah dibuli ketika bersekolah menengah selepas berpindah dari Australia dan menghadapi kesukaran menyesuaikan diri.
  • Tika menganggap pengalaman buli yang dialaminya ringan berbanding kes buli serius masa kini dan percaya perbezaan agama serta kurang kasih sayang keluarga menjadi punca utama buli.
  • Tika kini membintangi filem Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel yang mengangkat kisah benar mangsa buli, dengan filem ini akan ditayangkan di pawagam mulai 22 Januari.

Pelakon Indonesia, Tika Bravani berkongsi pengalaman pahit apabila pernah menjadi mangsa buli semasa menuntut di bangku sekolah menengah.

Tika, 36, berkata pengalaman tersebut dilalui selepas dia berpindah dari Australia dan berdepan kesukaran menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu di Indonesia. 

“Saya pernah dibuli ketika bersekolah menengah. Pada waktu itu saya baru berpindah dari Australia dan rambut saya berwarna merah.

“Bahasa Indonesia saya juga tidak begitu lancar, walaupun saya hanya menggunakan bahasa Inggeris biasa sahaja. Budaya buli seperti mengata dan dipulaukan rakan sekolah memang boleh mengganggu mental,” katanya kepada Gempak.

Menurut Tika, layanan tersebut membuatkan dirinya berasa terasing dan tidak diterima dalam kalangan rakan sebaya.

“Saya rasa seperti tidak diterima. Saya tidak mempunyai kawan-kawan di sekolah,” ujarnya.

Bagaimanapun, pelakon itu menyifatkan pengalaman yang dilaluinya hanyalah kes buli pada tahap ringan jika dibandingkan dengan situasi buli yang semakin serius berlaku ketika ini.

“Apa yang saya lalui itu paling ringan sahaja jika hendak dibandingkan dengan kes buli sekarang yang lebih teruk.

“Tetapi saya yakin ramai kanak-kanak dan pelajar yang masih dilayan seperti itu di sekolah, mungkin disebabkan perbezaan agama atau kerana mereka tidak memiliki apa yang orang lain ada seperti kasih sayang dan perhatian daripada keluarga.

“Perkara itu boleh menjadi punca berlakunya buli di sekolah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tika kini membintangi filem Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel yang mengangkat kisah benar seorang anak muda, David Ozora, yang menjadi mangsa penganiayaan kejam sehingga koma dalam tempoh yang lama.

“Saya memang mengikuti kes ini sejak awal. Sebagai seorang ibu, saya turut merasakan kesakitan itu. Anak yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang tetapi dianiaya seolah-olah tidak mempunyai harga diri.

“Saya sebenarnya takut untuk berlakon dalam filem ini kerana karya pengarah Anggy sebelum ini sering melibatkan pihak berkuasa dan saya tidak mahu berdepan urusan undang-undang pada masa hadapan,” jelasnya.

Namun, Tika mengakui keputusannya untuk terlibat dalam filem tersebut dibuat atas dasar tanggungjawab sosial.

“Apabila difikirkan semula, filem ini penting untuk dijayakan. Saya akan rasa bangga dapat menyumbang kesedaran terhadap isu gejala buli ini,” katanya.

Selain Tika, filem Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel turut dibintangi barisan pelakon lain seperti Chicco Jerikho, Annisa Kaila, Muzzakki Ramdhan, Erdin Werdrayana dan Rizky Hanggono.

Filem tersebut dijadualkan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 22 Januari ini.

Anda mungkin berminat dengan

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Must-Watch Video

Advertisement