Skip to main content

Pengarah Tarung: Unforgiven Berjaya Kesan Pihak Terlibat Isu ’Scammer’ Jual Merchandise - “Benda Macam Ni Tak Patut Jadi”

Astro Gempak 465

Sekilas

  • Pengarah filem Tarung: Unforgiven, Razaisyam Rashid, mengesahkan pihaknya berjaya mengesan individu yang menyalahgunakan nama filem tersebut untuk jual beli cenderamata palsu.
  • Razaisyam menggesa mereka yang telah membuat pembayaran kepada Ezwan Shah Bin Musa supaya segera menuntut semula wang mereka.
  • Individu terbabit telah memohon maaf dan bersedia memulangkan wang kepada pembeli yang mempunyai bukti pembayaran.

Pengarah filem Tarung: Unforgiven, Razaisyam Rashid memaklumkan pihaknya berjaya mengesan individu yang dipercayai menyalahgunakan nama filem tersebut bagi urusan jual beli cenderamata.

Menerusi satu perkongsian dalam Threads, Razaisyam meminta mana-mana individu yang sudah membuat pembayaran kepada seorang lelaki dikenali sebagai Ezwan Shah Bin Musa supaya segera menuntut semula wang mereka.

“Kita dah berjaya jumpa pihak yang terlibat. Kepada sesiapa yang dah buat pembayaran kepada Ezwan Shah Bin Musa, boleh minta refund semula ya.

“Jujurnya benda macam ini tak patut terjadi. Kita semua cuma nak menikmati sebuah filem, support dengan ikhlas dan abadikan momen menonton Tarung,” katanya.

Menurut Razaisyam, tindakan mengambil kesempatan menggunakan nama filem demi kepentingan peribadi hanya akan merosakkan pengalaman peminat.

“Please jangan rosakkan kenangan baik orang lain hanya untuk ketamakan diri sendiri.

“Ya Ezwan Shah, sila refund semula hari ini juga,” ujarnya.

Dalam masa sama individu yang terlibat juga telah tampil untuk memohon maaf kepada Razaisyam dan Aedy Ashraf.

Individu tersebut turut menjelaskan dia tidak mengetahui mengenai transaksi melibatkan penjualan barangan filem tersebut dan meminta mana-mana pembeli yang mempunyai bukti pembayaran untuk menghubunginya bagi urusan pemulangan wang.

“Saya minta maaf sangat-sangat dari hujung rambut sampai hujung kaki.

“Minta maaf juga khas kepada Aedy dan Razaisyam. Saya memang tak ada niat nak ambil kesempatan,” katanya lagi.

Terdahulu, Razaisyam pernah menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak terpedaya dengan mana-mana pihak yang menggunakan nama filem berkenaan termasuk urusan jual beli cenderamata serta tandatangan pelakon.

Untuk rekod, Tarung: Unforgiven merupakan filem terbitan Alpha47 milik pelakon Aedy Ashraf yang turut membintangi filem tersebut bersama Mierul Aiman, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah.

Filem tersebut mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 7 Mei lalu dan dilaporkan berjaya meraih kutipan RM10.5 juta selepas seminggu tayangan.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Advertisement