Skip to main content

Selebriti

Kejutan Buat Anak-Anak, Lisa Surihani Selamat Kembali Ke Pangkuan Keluarga Selepas Selesai Tunai Haji

Bakar isteri

Sekilas

  • Datuk Yusry Abd Halim bersyukur dapat bersama semula dengan isterinya, Datin Lisa Surihani selepas menunaikan ibadah haji.
  • Mereka merancang kejutan istimewa untuk anak-anak menyambut kepulangan Lisa yang baru selesai menunaikan ibadah haji.
  • Lisa menunaikan ibadah haji seorang diri kerana rayuan visa Yusry gagal, dan keluarga sangat merindui kehadirannya.

Pelakon, Datuk Yusry Abd Halim meluahkan rasa syukur apabila dapat bersatu kembali bersama isterinya, Datin Lisa Surihani.

Menurut Yusry, dia dan isteri telah merancang kejutan istimewa buat anak-anak untuk menyambut kepulangan ibunya yang menunaikan ibadah haji.

"Alhamdulillah dah selesai ibadah haji dia, anak-anak juga ada disini cuma mereka lupa kot pasal tarikh.

"Sebab cakap pergi airport nak jemput sepupu mereka. Mungkin mereka tak perasaan. Tak sabar nak tengok reaksi mereka nanti," katanya kepada Gempak.

Pada masa sama, Yusry juga akui anak-anak sememangnya tidak sabar untuk berjumpa dengan ibu mereka.

"Memang rindu, satu keluarga rindu Lisa, tapi kita tahu dia ke sana bukan untuk bercuti tapi untuk menunaikan ibadah. Kita tak kacau dia kat sana dan bila dah selesai baru kita datang.

" Mereka menghitung hari sebenarnya. Mereka asyik tanya bila ibu mereka nak balik," tambahnya.

Terdahulu, Lisa selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan rukun Islam kelima musim haji tahun ini.

Bagaimanapun, Lisa menunaikan ibadah tersebut seorang diri tanpa ditemani Yusry kerana kegagalan rayuan visanya.

Anda mungkin berminat dengan

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

5D Massage Memory Foam Insoles For Shoes Sole Breathable Cushion Sport Running Insoles

5D Massage Memory Foam Insoles For Shoes Sole Breathable Cushion Sport Running Insoles

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

GILDAN x CROSSRUNNER Best Microfiber Quick Dry T-Shirt Unisex Plain Round Neck Tshirt Jersey Sport Tee - CRR3600 Group A

GILDAN x CROSSRUNNER Best Microfiber Quick Dry T-Shirt Unisex Plain Round Neck Tshirt Jersey Sport Tee - CRR3600 Group A

Must Watch Video

Advertisement