Skip to main content

Selebriti

“Kalau Saya Ada Anak Pun Saya Akan Bagi Watak Puteri Gunung Ledang Itu” - Mimi Lana

Astrogempak

Sekilas

  • Mimi Lana mengulas isu pemilihan pelakon Puteri Gunung Ledang dan menyokong pilihan Aisha Retno serta Mila Mohsin kerana pengalaman mereka di pentas teater.
  • Dia mengakui sesi uji bakat itu mencabar kerana lebih biasa berlakon filem dan tidak kecewa walaupun tidak terpilih.
  • Mimi menghargai pengalaman baru sepanjang sesi uji bakat dan bercadang mencari peluang untuk buat versi filem Puteri Gunung Ledang.

Pernah menghadiri sesi uji bakat bagi pementasan teater Puteri Gunung Ledang, pelakon Mimi Lana tampil mengulas isu pertikaian pemilihan pelakon yang tular sebelum ini.

Menurut Mimi, pemilihan pelakon seperti Aisha Retno dan Mila Mohsin adalah tepat kerana kedua-duanya mempunyai pengalaman serta kemampuan yang sesuai untuk pementasan teater berskala besar itu.

“Kalau saya ada anak yang boleh berlakon dan nak mencuba, saya akan beri watak Puteri Gunung Ledang itu. Lagipun, itu produksi ibu dia kan. Tapi selain daripada benda itu, saya rasa memang mereka layak sebab dah biasa dengan pentas.

“Aishah Retno kita tak boleh sangkal lagi. Semua orang tahu penggunaan pentas dia memang bagus dan saya rasa ia tak jadi masalah. Mungkin sebab orang belum tengok lagi secara depan-depan. Saya yakin bila dah mula nanti, ia pasti akan mengubat hati orang-orang yang bercakap itu,” katanya kepada Gempak.

Mimi berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri Malam Gala filem Polong di Hextar World, semalam.

Mengulas lanjut mengenai proses pemilihan tersebut, Mimi mengakui sesi uji bakat berkenaan bukanlah  perkara yang mudah memandangkan dia lebih terbiasa sebagai pelakon filem berbanding beraksi di atas pentas teater.

“Sesi temu duga itu sangat susah. Memang saya rasa pemilihan untuk PGL itu memang selayak-layaknya.

“Mereka memang mencari orang yang dah biasa berlakon di atas pentas. Macam saya, seorang pelakon filem. Saya tak biasa sangat dengan pentas.

“Saya pun boleh menyanyi tapi tak pernah menyanyi di hadapan orang ramai di atas pentas. Saya rasa agak susah untuk saya. Tapi kalau praktis mungkin okey,” ujarnya.

Katanya lagi, dia tidak berasa kecewa walaupun tidak terpilih, sebaliknya bersyukur kerana memperoleh pengalaman baharu sepanjang menyertai sesi uji bakat tersebut.

“Saya tidaklah rasa kecewa. Tapi biasalah bila benda yang kita nak buat itu tak dapat, mesti ada rasa macam eh aku tak dapat lah.

“Sejujurnya, saya sangat berseronok sepanjang proses pergi audition itu. Saya baru tahu macam mana proses untuk masuk teater. Belajar macam mana kena menyanyi dan menari.

“Dalam masa tak sampai seminggu saya kena hafal semua benda itu. Jadi saya sangat seronok sertai temu duga itu walaupun saya dapat jadi PGL selama dua hingga tiga hari sahaja.

“Tapi insyaAllah saya cuba cari orang untuk buat PGL versi filem pula,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Advertisement