Sekilas
- Pelakon dan pempengaruh Norreen Iman sah bercerai talak satu dengan bekas suami Mohd Razzi Abd Razak di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis.
- Mereka tidak memberikan sebarang kenyataan selepas prosiding selesai, manakala wargamaya mendoakan mereka teruskan hubungan baik demi anak-anak.
- Norreen dan Razzi berkahwin sejak 2011 dan mempunyai dua cahaya mata, namun rumah tangga mereka dilaporkan bergolak sebelum ini.
Pelakon dan pempengaruh Norreen Iman dilaporkan sudah sah bercerai talak satu dengan bekas suami Mohd Razzi Abd Razak di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Khamis.
Berita perceraian mereka dilaporkan menerusi Instagram sebuah program hiburan.
Bagaimanapun menerusi video yang dimuat naik, Norreen dan Mohd Razzi tidak memberikan sebarang kenyataan selepas prosiding selesai.
Dalam pada itu, wargamaya rata-rata meluahkan simpati dan mendoakan mereka berdua dapat meneruskan hubungan baik demi dua cahaya mata.
Norreen terdahulu hadir prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai di mahkamah yang sama pada 29 April lalu namun tidak memberikan sebarang komen.
Rumah tangga Norreen dan Razzi didakwa bergolak kerana tidak lagi berkongsi gambar dan kandungan bersama di laman.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 2011 dan memiliki sepasang cahaya mata.
Sumber - Instagram