Skip to main content

Jangan Pandang Remeh! Empat Barang Wajib Ini Perlu Dibawa Setiap Kali Mendaki Hutan - “Kalau Dia Bawak Mi Segera, Marah Dia”

Bakar isteri

Sekilas

  • Tuan Hutan berkongsi empat barangan wajib untuk pendaki hutan iaitu parang atau pisang, sarung tangan, topi dan kasut yang sesuai.
  • Beliau menegur penggunaan mi segera sebagai makanan pendaki kerana ia tidak memberi tenaga yang cukup.
  • Tuan Hutan menasihati pendaki supaya saling memeriksa kelengkapan dan makanan asas sebelum memulakan aktiviti mendaki.

Pempengaruh media sosial, Tuan Hutan tampil berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai aktiviti mendaki dan memasuki hutan, selain menegur sikap segelintir pendaki yang didakwa mengambil sambil lewa perihal kelengkapan asas keselamatan.

Menerusi perkongsian di media sosial, Tuan Hutan menjelaskan terdapat empat barangan wajib yang perlu ada bersama pendaki hutan termasuklah parang atau pisang, sarung tangan (glove), topi dan kasut yang bersesuaian.

“Parang atau pisang adalah barang yang paling penting sekali untuk ada dalam setiap perjalanan masuk hutan.

“Tempat-tempat ini perlu sentiasa panas. Sejuk akan menyebabkan kesusahan nanti. Akan ada penyakit dan mungkin perkara yang tidak baik berlaku,”katanya.

Dalam masa sama, Tuan Hutan turut menasihati agar pendaki memakai kasut yang bersesuaian dan bukanlah kerana penampilan serta trend semata-mata.

Selain itu, dia juga turut berpesan bahawa mi segera bukanlah makanan yang sesuai untuk pendaki memandangkan ia tidak memberi tenaga kepada mereka.

“Ramai yang masuk hutan dan menyediakan mi segera. Mi segera bukan makanan yang perlu diperbanyakkan kerana ia hanya melapik rasa lapar sahaja dan bukan memberi tenaga kepada hiker,”ujarnya

Katanya lagi, para pendaki seharusnya saling menasihati antara ahli kumpulan supaya lebih bersedia dengan kelengkapan dan makanan asas sebelum pergi menerokai atau mendaki hutan.

“Kalau pergi berkumpulan, periksa semua ahli. Kalau dia bawa mi segera, marah dia.

“Kalau tiada parang, glove, topi, kasut yang sesuai serta kit perubatan, marah dia juga,”nasihatnya.

Anda mungkin berminat dengan

Jordan Club Hat

Jordan Club Hat

Nike Dri-FIT Club

Nike Dri-FIT Club

Must Watch Video

Advertisement