Skip to main content

Hollywood

Tak Mahu Ada Kaitan, Zahara Jadi Anak Ketiga Angelina Jolie Hapus Nama Brad Pitt

Astro Gempak zahara

Sekilas

  • Zahara, anak ketiga Angelina Jolie, telah menggugurkan nama Brad Pitt sebagai bapanya pada 9 Jun 2026, mengikuti jejak Shiloh dan Maddox.
  • Dokumen rasmi difailkan di Mahkamah Superior California selepas permohonan dibuat pada 28 April, dan Zahara juga pernah memberi petunjuk tentang tindakan ini semasa graduasinya.
  • Nama Zahara kini dipendekkan kepada Zahara Marley Jolie, menandakan tiada lagi kaitan rasmi dengan Brad Pitt selepas perceraian Jolie dan Pitt pada 2016.

Zahara menjadi anak ketiga Angelina Jolie menggugurkan nama Brad Pitt sebagai ‘bapa’nya, mengikut jejak langkah dua adik beradiknya yang lain iaitu Shiloh dan Maddox.

Tindakan ‘membuang’ nama Pitt dilakukan Zahara diketahui dilakukan pada 9 Jun 2026. Zahara didakwa memfailkan dokumen menggugurkan nama Pitt di  Mahkamah Superior di California, lapor TMZ.

Menurut laporan sama, Zahara membuat permohonan menggugurkan nama aktor tersebut pada 28 April lalu, beberapa hari selepas abangnya, Maddox Jolie, 24, sah berbuat demikian.

Zahara didakwa telah beberapa kali memberi gambaran untuk menggugurkan nama Pitt termasuk sewaktu di pentas graduasi pada 17 Mei lalu,

Namanya yang sebelum ini ditulis sebagai Zahara Marley Jolie-Pitt telah dipendekkan menjadi Zahara Marley Jolie.

Sebelumnya, Shiloh, 20, telah melakukan tindakan tersebut pada tahun 2024. Tindakan menggugurkan nama Pitt dan tidak lagi mempunyai kaitan dengan bapa mereka selepas aktor itu bercerai dengan ibu mereka, Jolie pada 2016.

Jolie dan Pitt berkahwin hanya dua tahun selepas hidup bersama selama 10 tahun. Mereka kemudian berkongsi enam orang anak, termasuk anak angkat yang diambil Jolie termasuk Maddox, Pax, Zahara dan Shiloh bersama sepasang kembar iaitu Knox dan Vivienne yang berusia 17 tahun.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Must Watch Video

Advertisement