Sekilas
- Inul Daratista berang namanya sering tersenarai sebagai artis terkaya Indonesia tanpa sumber yang sahih.
- Dia risau gelaran itu menyusahkan dirinya terutama apabila berhadapan dengan pihak berkuasa cukai.
- Selain menyanyi dan menjadi juri, Inul juga seorang usahawan yang terkenal dengan sikap pemurah terhadap pekerjanya.
Bukan banggal, sebaliknya Inul Daratista berang apabila namanya setiap tahun tersenarai dalam daftar artis terkaya di Indonesia.
Tahun lalu, nama penyanyi dangdut ini disenaraikan dalam kedudukan kedua artis terkaya Indonesia bersama penyanyi Agnez Monica dan Raffi Ahmad.
Menurut Inul, hal yang membuat dirinya berang adalah gelaran tersebut diberikan tanpa sumber sahih selain ia menyusahkan dirinya.
“Gelaran ini menyusahkan saya. Saya juga sudah beritahu di Instagram saya tidak nyaman dan gembira,” ujar Inul seperti dilaporkan Detik.
Kata pemilik tarian Goyang Gerudi ini lagi, dia tidak mahu kembali berhadapan di soal oleh pihak berkuasa yang menguruskan cukai. Inul kemudian menjelaskan tidak banyak yang berubah daripada segi aliran kewangan yang diperoleh.
“Secara pendapatan tidak ada perkembangan, kecuali saya rasuah wang saya banyak. Jadi okay. Sebab itu saya bising kerana ia akhirnya akan menyusahkan saya.
Isteri Adam Suseno itu juga mengku kesal setiap tahun harus membuat pencerahan terhadap fitnah yang sama.
“Benda macam ini menyusahkan saya. Jadi buat masyarakat jangan buat begini, buat hal yang boleh merugikan orang lain.
“Mungkin orang lain happy diberi gelaran antara yang terkaya. Tapi bagaimana kekayaan itu? Untuk saya pula, tahu jumlah kekayaan saya dari mana?” katanya lagi.
Selain menyanyi dan menjadi juri, Inul dikenali sebagai usahawan antaranya memiliki rangkaian kelab karaoke. Dia juga terkenal dengan sikap pemurah termasuk sering menghantar pekerjanya menunaikan umrah dan naik haji.