Skip to main content

Hiburan

Zizi Kirana Kesal Tindakan Suami Pukul, Langgar Kepala Isteri Guna Motosikal - “Lelaki Macam Ni Tak Mampu Jadi Pemimpin”

Zizi Kirana

Sekilas

  • Zizi Kirana meluahkan rasa kesal terhadap tindakan seorang lelaki yang memukul wanita di kaki lima seperti yang tular dalam video CCTV.
  • Beliau mengutuk lelaki yang memukul isteri sebagai pembuli dalam rumah tangga dan tidak layak menjadi pemimpin keluarga.
  • Zizi turut mendoakan agar wanita yang teraniaya diberikan ketenangan dan kekuatan menghadapi dugaan tersebut.

Penyanyi, Zizi Kirana meluahkan rasa kesal selepas tularnya video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakan seorang lelaki yang tergamak memukul seorang wanita di kaki lima.

Menerusi ciapan di Threads, pemilik nama Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil ini menyifatkan lelaki tersebut sebagai tidak layak untuk memegang gelaran khalifah dalam keluarga.

Malah, pelantun lagu Eh ini menyifatkan mana-mana lelaki yang gemar memukul isteri sebagai pembuli dalam rumah tangga.

“Semoga Allah bela setiap yang teraniaya.
Lelaki macam ini, ego besar, tak mampu jadi pemimpin. Jadi pembuli dalam rumah.

“Isteri dijadikan tempat lepas baran sebab dia tahu yang setia itu tidak akan melawan.
Depan orang? Terpaling suci. Hakikatnya, paling takut dengan kebenaran sendiri,” ciapnya.

Mengakhiri ciapan, Zizi turut menitipkan doa buat golongan wanita yang teraniaya supaya diberikan ketenangan.

“Buat wanita yang dianiaya, Allah tahu semua yang awak pendam.

“Jangan lelah untuk kuat. Satu hari nanti, luka itu akan Allah ganti dengan ketenangan.
Awak layak bahagia, bukan menderita,” luahnya.

Terdahulu, tular rakaman CCTV berdurasi 56 saat memaparkan seorang lelaki durjana yang bertindak memukul seorang wanita dipercayai isterinya sebelum melanggar kepala mangsa dengan menggunakan motosikal.

Pihak polis kemudiannya mengesahkan bahawa pihak mereka kini giat memburu lelaki tersebut.

Sumber: Threads, Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Must-Watch Video

Advertisement