Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Hussain Nafi Masalah Kesihatan Bapa Ganggu Kualiti Persembahan - "Dia Hebat, Belum Tunjuk..."

Astrogempak HUSSAIN

Sekilas

  • Hussain dari Talk To My Manager 2 berjanji akan memperbaiki persembahannya selepas menerima komen daripada juri AC Mizal.
  • Dia menafikan faktor kesihatan bapanya, Jamilulhayat, mempengaruhi prestasinya dalam pertandingan.
  • Hussain mempunyai pasukan khas 10 orang yang membantu menguruskan setiap persembahannya sepanjang pertandingan.

Bintang Talk To My Manager 2, Hussain berjanji akan tampil dengan persembahan yang lebih baik selepas menerima komen dan teguran daripada juri tetap, AC Mizal.

Menurut Hussain, setiap komen yang diberikan oleh juri dianggap sebagai ruang untuk dirinya memperbaiki kelemahan sepanjang pertandingan berlangsung.

Dalam masa sama, Hussain turut menafikan dakwaan kononnya faktor kesihatan bapanya, Jamilulhayat, menjadikan punca persembahannya kurang menyerlah daripada bintang-bintang lain.

“Tidak, saya tak rasa itu satu kekurangan. Setiap kali latihan, dia pasti akan call.

“Bapa saya hebat, dia belum tunjuk taring sahaja,” ujarnya.

Tambah Hussain lagi, mereka sebenarnya mempunyai satu pasukan khas yang sentiasa membantu dalam menguruskan setiap persembahan sepanjang pertandingan itu berlangsung.

“Dan kami ada pasukan dalam 10 orang yang uruskan setiap persembahan saya.

“Cuma sekarang saya simpan taring dulu. Insya-Allah saya akan berikan yang terbaik nanti,” katanya lagi.
 

Anda mungkin berminat dengan

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Advertisement