Sekilas
- Zara Zya memuji Puteri Balqis sebagai pelakon yang matang, fokus, dan berdisiplin ketika mereka bekerjasama dahulu.
- Netizen turut memuji sikap profesional Balqis yang dianggap seorang pelakon muda yang beradab dan berdedikasi.
- Nama Puteri Balqis kini hangat selepas dakwaannya terhadap Mia Sara Nasuha berkaitan isu penghinaan dan buli di set penggambaran.
Pelakon, Zara Zya menyorot perhatian netizen selepas berkongsi pengalamannya sewaktu bekerjasama dengan aktres, Puteri Balqis satu ketika dulu.
Menerusi ciapan di aplikasi Threads, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin menyifatkan Puteri Balqis sebagai seorang pelakon yang sangat baik ketika di set lokasi penggambaran.
Tambah Zya, Balqis yang mesra disapa Aqish merupakan seorang pelakon yang tidak banyak bercakap namun sangat matang di kala usianya yang masih remaja.
“Saya pernah bekerjasama dengan Puteri Balqis.
“Dia jenis tak banyak cakap, fokus dengan urusan sendiri dan bagi saya, dia seorang yang matang dan good girl,” kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji sikap profesional Balqis serta menganggapnya sebagai seorang pelakon muda yang berdisiplin dan beradab ketika bekerja.
Ketika ini, nama Puteri Balqis sedang menjadi perhatian di media sosial susulan perbalahannya bersama seorang lagi pelakon, Mia Sara Nasuha.
Balqis mendakwa Mia Sarah Nasuha, 21, pernah mengaib serta menghina ibunya, Norashikin Abdul Aziz, sehingga memberi kesan yang mendalam terhadap kesihatan mental ibunya itu.
Aqish turut mendakwa wujud insiden membabitkan perbuatan membuli di set penggambaran beberapa tahun lalu selain berkongsi pernah diketepikan ketika ingin bergambar bersama peminat kerana dianggap kurang dikenali ketika itu.
Turut viral menerusi pendedahan Aqish mendakwa Mia Sara terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.
Sumber: Threads