Skip to main content

Hiburan

“Walaupun Mama Seorang Yang Tidak Banyak Bicara, Kasih Sayang & Pengorbanan Mama Luar Biasa...” – Syed Saddiq

Astro Gempak 548

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, berkongsi ucapan ulang tahun buat ibu tunangnya, Bella Astillah, di Threads dengan penuh penghargaan atas kasih sayang dan pengorbanannya.
  • Syed Saddiq mendoakan agar ibu Bella diberi kesihatan, kebahagiaan, dan keberkatan yang berpanjangan dalam hidupnya.
  • Perkongsian ini menarik perhatian ramai dan menunjukkan hubungan akrab antara Syed Saddiq dan keluarga Bella selepas pengumuman pertunangan mereka pada 28 Mac lalu.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri perhatian ramai apabila menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran buat ibu kepada tunangnya, pelakon dan penyanyi Bella Astillah.

Menerusi perkongsian dalam Threads, Syed Saddiq meluahkan penghargaan terhadap wanita yang mesra dipanggil Mama itu atas kasih sayang dan pengorbanan yang dicurahkan kepada keluarga.

“Happy Birthday Mama.

“Diam-diam ubi berisi.

“Walaupun Mama seorang yang tidak banyak bicara, kasih sayang dan pengorbanan Mama luar biasa sekali,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Syed Saddiq turut menitipkan doa agar ibu Bella terus dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan.

“Semoga Allah panjangkan usia Mama dalam kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan yang tidak putus-putus,” katanya.

fdb



Perkongsian tersebut mengundang perhatian ramai yang menyifatkan hubungan Syed Saddiq dengan keluarga Bella semakin akrab.

Malah, rata-rata netizen turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan ulang tahun kelahiran selain mendoakan kebahagiaan kedua-dua keluarga.

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella mengejutkan ramai apabila mengumumkan pertunangan mereka pada 28 Mac lalu selepas hubungan rapat mereka menjadi perhatian peminat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Pasangan tersebut terus menerima sokongan ramai yang tidak putus-putus mendoakan agar segala urusan menuju gerbang perkahwinan dipermudahkan.

 

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

adidas Football AFA ARGENTINA SHOE BAG Unisex Blue KE7102

7pcs High Waist Slimming Panties - Seamless Plus Size Underwear, Seluar Dalam Wanita

7pcs High Waist Slimming Panties - Seamless Plus Size Underwear, Seluar Dalam Wanita

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

【READY STOCK AT Johor】 Hotgirl⭐Women's casual wide leg pants loose pants straight trousers(SIZE: S-3XL)

【READY STOCK AT Johor】 Hotgirl⭐Women's casual wide leg pants loose pants straight trousers(SIZE: S-3XL)

C-MALL 260ML Shoes deodorant spray/Men Women Spray Deodorant /鞋子除臭喷雾

C-MALL 260ML Shoes deodorant spray/Men Women Spray Deodorant /鞋子除臭喷雾

Cotton Korean Style Women Ladies Loose Long Sleeve Shirt Blouse Baju Baju Wanita Lengan Panjang New Ready Stock

Cotton Korean Style Women Ladies Loose Long Sleeve Shirt Blouse Baju Baju Wanita Lengan Panjang New Ready Stock

Must Watch Video

Advertisement