Skip to main content

Selebriti

Wajah & Ketinggian Dikatakan Mirip ‘Owner’ Rembayung, Khairul Aming ‘Sporting’ Komen - “Ada Customer Tanya, Baju Coklat Tu Kembar KA Ke”

Lewki seiras KA

Sekilas

  • Seorang lelaki bernama Aliff Mustafaa menjadi tular kerana wajahnya dikatakan mirip pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming.
  • Selain wajah, ketinggian, cara pemakaian dan personaliti Aliff juga hampir menyerupai Khairul Aming menurut netizen.
  • Khairul Aming sendiri turut memberi komen lucu selepas foto Aliff bersama pemilik restoran Rembayung mendapat perhatian ramai.

Seorang lelaki menjadi perhatian netizen sekelip mata gara-gara wajahnya dikatakan mirip pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming.

Menerusi perkongsian foto di platform Threads, lelaki yang dikenali sebagai Aliff Mustafaa dilihat sedang tersenyum ketika mengambil gambar bersama pemikik restoran, Rembayung itu.

Tidak hanya memiliki wajah yang hampir seiras, ketinggian, cara pemakaian dan juga personaliti Aliff juga dikatakan hampir menyerupai Khairul Aming.

Rata-rata netizen memberikan komen positif dan tidak ketinggalan juga ada yang mengusik Aliff.

Paling menarik apabila posting foto itu mendapat perhatian khairul Aming yang juga turut memberikan komen lucu.

“Tadi ada customer tanya “yang baju coklat tu kembar KA ke,” tulisnya.

Must-Watch Video

Advertisement