Skip to main content

Hiburan

Tiada Pilih Kasih, Pemilihan Watak ‘Puteri Gunung Ledang The Musical’ Telus & Adil- “Semua Peserta Dinilai Juri Profesional Berdasarkan…”

ASTROGEMPAK PGLM

Sekilas

  • Isu pemilihan watak utama Puteri Gunung Ledang The Musical dikatakan sudah dirancang awal dan uji bakat hanya formaliti tular di Threads.
  • Pihak produksi menegaskan proses pemilihan dibuat secara telus dan adil oleh juri profesional tanpa pilih kasih.
  • Mila Mohsin dan Aisha Retno diumumkan sebagai watak utama Gusti Putri, manakala Aqasha, Mimi Fly, Nadia Aqilah, Luqman Hafidz dan Yusuf Hashim memegang watak lain dalam pementasan tersebut.

Tular di Threads perkongsian seorang individu yang mendakwa pemilihan watak utama untuk pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical sudah dirancang awal. 

 

Menerusi perkongsian itu juga, individu tersebut mempersoalkan mengenai uji bakat yang dianggap diadakan sekadar untuk melengkapkan proses sahaja. 

 

“Maksudnya memang dah plan ke macam mana? Open audition tu sekadar formality je la?” tanya individu tersebut. 

 

Menerusi akaun rasmi Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL), pihak mereka menegaskan semua peserta dinilai secara telus dan adil berdasarkan pelbagai askpek oleh juri profesional. 

 

Menghargai usaha setiap individu yang hadir ke sesi uji bakat, pihak mereka juga menjelaskan setiap keputusan dibuat dengan penuh teliti dan tanggungjawab. 

 

“Hi, kami ingin tegaskan bahawa tiada pilih kasih atau favoritisme dalam proses ini. Semua peserta dinilai secara adil oleh juri profesional berdasarkan pelbagai aspek.

 

“Watak-watak PGL juga membawa harapan dan ekspektasi yang sangat besar, jadi setiap keputusan dibuat dengan penuh teliti dan tanggungjawab. 

 

“Kami amat menghargai usaha setiap individu yang hadir ke sesi uji bakat,” jelasnya, 

 

Untuk rekod, Mila Mohsin dan Aisha Retno diumumkan sebagai penggalas watak Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah bagi musim baharu PGLM.

 

Manakala Mimi Fly dan Nadia Aqilah pula membawakan watak Bayan serta watak Hang Tuah pula dipegang oleh Aqasha. 

 

Untuk watak Sultan Melaka pula diberikan kepada Luqman Hafidz dan Yusuf Hashim membawakan karakter Gusti Adipati. 

 Sumber.- Threads

Anda mungkin berminat dengan

Cavando PU Leather Men Loafer Shoes 828-1 Black/Blue/Tan - Kasut Loafer Lelaki Warna Hitam/Biru/Tan

Cavando PU Leather Men Loafer Shoes 828-1 Black/Blue/Tan - Kasut Loafer Lelaki Warna Hitam/Biru/Tan

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

B.S.B 1Kg/1000g Sleeping hilton Pillow Viral Bantal Tidur Bantal Hotel

B.S.B 1Kg/1000g Sleeping hilton Pillow Viral Bantal Tidur Bantal Hotel

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

Advertisement