Hantaran bekas isteri kepada personaliti media sosial, Chazynash iaitu Fatin Morat berjaya menyorot perhatian netizen.
Menerusi hantaran di Threads, Fatin meluahkan perasaan yang seolah-olah menggambarkan kesedihan yang masih dirasainya.
“Ingatkan dah kuat.. ternyata sakit juga ya,” tulisnya ringkas.
Perkongsian tersebut nyata mengundang simpati ramai apabila ruangan komen dibanjiri dengan kata-kata semangat dan doa daripada netizen yang berharap agar Fatin terus tabah menghadapi ujian hidup.
“Trust on Allah plan, InshaAllah one day u akn jadi manusia paling bahagia, lebih bahagia dari sebelum ni. Amiiinnn
“Kuat yang kuat! Berpegang terus pada tali ALLAH. Kita jangan kalah ok. Pasti ada yg lebih baik menanti.. kuatkan semangat
“Perasaan tu valid. Don’t worry Allah ada. Hugs
“Its ok fatin. Semua perasaan tu valid. You will be better soon. InsyaAllah, amin yrb
“Ambil masa nak pulih. Tapi saya percaya awak dapat bangkit dengan bergaya. Bila perasaan awak da pulih, awak lagi gembira Dan bersyukur dengan aturan Allah. Allah bg awak kesedihan sebelum bagi awak kegembiraan yg berkali Ganda. Semangat Sis Cantik,” komen netizen.
Terdahulu, Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah dilaporkan telah selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama wanita pilihannya yang dikenali sebagai Siti Rosli.
Sekadar info, Chazynash dan Fatin Morat pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 sebelum bercerai secara baik pada 23 Januari 2025.
Chazynash hanya mengesahkan perceraian mereka pada Mei 2025 setelah timbul spekulasi netizen.
Menurut Chazynash, dia menyifatkan perpisahan yang berpunca daripada kesilapannya itu sebagai satu keputusan yang dipersetujui bersama.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan 3 orang anak perempuan.