Skip to main content

Hiburan

Terima Kecaman Melampau Di Media Sosial, Intan Maya Anggap Ruang Perkenalkan Bakat Kepada Umum - “Lagu Cinta Tersimpul Rapi Susah…”

Astro Gempak 264

Sekilas

  • Intan Maya, penyanyi versi baharu lagu Cinta Tersimpul Rapi, akui sedih dengan kecaman yang diterima selepas menyanyikan semula lagu popular itu.
  • Dia anggap perhatian negatif sebagai peluang untuk memperkenalkan dirinya kepada orang ramai walaupun lagu tersebut sukar dinyanyikan terutama bahagian nada tinggi.
  • Intan juga dedah menerima komen paling teruk di media sosial, namun tetap positif dan menghargai peluang dari Suria Records Company (SRC) untuk merakamkan semula lagu itu.

Penyanyi versi baharu lagu Cinta Tersimpul Rapi, Intan Maya mengakui sedih apabila membaca komen kecaman yang diterima selepas menyanyikan semula lagu tersebut.

Intan atau nama sebenarnya Intan Normayasari, 25, yang juga artis syarikat rakaman SRC dipilih menyanyikan semula lagu itu selepas ia popular menerusi versi kecerdasan buatan (AI) ciptaan Jane In Heaven.

Bagaimanapun, dia menganggap perhatian yang diterima sebagai peluang untuk memperkenalkan dirinya kepada orang ramai.

“Saya baca komen, sedih ya tapi saya ambil secara positif. Kalau ada yang cakap sengau, saya termenung juga fikir.

“Ada sesetengah orang terlalu mahu saya menyanyi sama seperti AI, itu yang membuatkan saya sedih.

“Penyanyi dah ramai, masing-masing mencari keistimewaan sendiri. Kalau saya buat cover, orang mungkin pandang sebelah mata.

“Walaupun sakit menerima kecaman, ia satu peluang yang bagus supaya orang boleh cari siapa Intan Maya. Sekurang-kurangnya mereka dapat kenal saya,” katanya ketika ditemui pada sidang media anjuran Suria Records Company (SRC) di Kopi & Studio pada Jumaat lalu.

Dalam masa sama, Intan mengakui lagu tersebut bukan mudah untuk dinyanyikan terutama pada bahagian nada tinggi.

“Lagu ini memang susah, terutama bahagian ‘selangkah engkau pergi itu tinggi’. Chorus pula panjang, jadi nafas perlu dijaga.

“Kalau AI, tekniknya boleh buat ikut suka. Kita yang manusia biasa ini memang agak susah sedikit,” katanya.

Malah, Intan turut mendedahkan antara kecaman paling teruk pernah diterimanya di media sosial.

“Antara komen yang saya baca seperti ‘uwekk, busuk nak muntah’.

“Benda-benda yang mereka sentuh kadang-kadang tak ada kaitan pun dengan isu. Mereka datang sekadar untuk sertai sesi maki-maki di laman sosial.

“Mereka ibarat menambah dosa dalam bulan puasa, tak baik kan?” katanya.

Selepas lagu tersebut kembali popular, SRC mengambil keputusan merakamkan semula lagu ciptaan Dr Azmeer Abu Bakar dan lirik Lukhman S dengan memberi kepercayaan kepada Intan untuk menyanyikannya.

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

SUPERSAVE Lampu Raya Ketupat Lampu Ketupat Raya Lampu Kelip Kelip Solar LED Light Hari Raya

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Must-Watch Video

Advertisement