Skip to main content

Selebriti

Idayu Tegur Kualiti Guru Vokal, Mohon Jangan ‘Scam’ Pelajar’ - “Baik Student Tu Belajar Dari YouTube Je”

Idayu guru vokal

Sekilas

  • Idayu menegur guru vokal yang hanya mengajar teknik asas dari platform online seperti YouTube, Instagram dan TikTok tanpa memberikan pengajaran berkualiti.
  • Idayu menyifatkan pendekatan tersebut membazirkan masa dan wang pelajar yang serius ingin belajar vokal.
  • Perkongsian Idayu mendapat sokongan ramai netizen yang pernah mengikuti kelas vokal dan bersetuju dengan pandangannya.

Penyanyi, Idayu tampil menegur segelintir guru vokal yang didakwa tidak memberikan pengajaran berkualiti kepada pelajar.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, Idayu atau mesra disapa Kak Yuyu meluahkan rasa kesal apabila ada tenaga pengajar hanya menggunakan teknik asas yang mudah diperoleh di platform dalam talian seperti YouTube, Instagram dan TikTok.

“Please wahai cikgu vokal seluruh Malaysia. Jangan bazirkn duit pelajar anda dengan mengajar material-material yang ada di dalam platform online seperti YouTube, IG, TikTok dan sebagainya.

“Kesian sangat tau, dah lah kak Yuyu tengok sorang cikgu tu. Sejam tu duk 'uuu aaa uuu aaa' je manjang. Last last student habis time sejam,” kongsinya.

Tambah Idayu lagi, pendekatan sebegitu bukan sahaja merugikan masa, malah membebankan pelajar yang membayar untuk belajar secara serius.

“Balik apa pon tak dapat, lagu pun satu baris tak setel setel, gini lah ek, setakat nak ajar benda simple, simple dan biashe biashe.

“Baik student tu bukak belajar dari YouTube je. Cikgu pun ramai belajar dari YouTube je. Cikgu pun ramai, scammer ek,” dedahnya.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, khususnya mereka yang pernah mengikuti kelas vokal.

Bagaimanapun, rata-ratanya bersetuju dengan perkongsian Idayu.


Sumber: Threads @idayuofficial

Anda mungkin berminat dengan

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement