Skip to main content

Hiburan

Tarung: Unforgiven Cipta Fenomena, Raih Kutipan RM10.5 Juta Dalam Tempoh 6 Hari

Astro Gempak 464

Sekilas

  • Filem aksi Tarung: Unforgiven arahan Razaisyam Rashid berjaya meraih kutipan RM10.5 juta selepas seminggu tayangan di seluruh negara.
  • Filem terbitan ALPHA47 ini kini menduduki tangga pertama carta Top 10 Movie GSC, mengatasi beberapa filem antarabangsa lain.
  • Penonton memuji koreografi aksi, jalan cerita emosional, lakonan mantap dan visual sinematik yang meninggalkan kesan mendalam.

Terus mencipta fenomena, filem aksi Tarung: Unforgiven arahan Razaisyam Rashid meraih kutipan RM10.5 juta selepas seminggu ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 7 Mei lalu.

Lebih membanggakan, filem terbitan ALPHA47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw itu kini menduduki tangga pertama carta Top 10 Movie GSC sekali gus mengetepikan beberapa filem antarabangsa lain.

Pengarah, penulis skrip dan penerbit eksekutifnya, Razaisyam Rashid mengakui terharu dengan sambutan luar biasa diberikan penonton terhadap filem tersebut.

“Saya sangat terharu dengan sokongan luar biasa penonton Malaysia terhadap Tarung: Unforgiven.

“Dari hari pertama tayangan, kami dah dapat rasa kehangatan dan semangat penonton untuk filem ini.

“Harapan saya, semoga Tarung dapat jadi pemangkin baharu untuk filem aksi tempatan pergi lebih jauh, lebih besar dan lebih berani,” katanya.

Sementara itu, pelakon dan penerbit filem tersebut, Aedy Ashraf turut meluahkan rasa syukur melihat sambutan positif diterima daripada penonton.

“Kejayaan ini memang sangat bermakna buat seluruh pasukan Alpha47 dan semua yang terlibat dalam pembikinan Tarung: Unforgiven.

“Kami hasilkan filem ini dengan penuh dedikasi, pengorbanan dan jiwa.

“Bila tengok reaksi penonton di pawagam, video TikTok dan semua respons positif yang masuk setiap hari, itu kepuasan terbesar untuk kami,” ujarnya.

Rata-rata penonton di media sosial memuji kekuatan koreografi aksi, jalan cerita emosional, lakonan mantap barisan pelakon serta visual sinematik yang meninggalkan kesan mendalam di hati penonton.

Tarung: Unforgiven membariskan pelakon seperti Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Sky Iskandar dan Aeril Zafrel.

Filem yang tampil dengan tagline ‘kau cuma ayam sabung’ itu mengangkat kisah perjuangan hidup dengan menjadikan kehidupan sebagai ‘gelanggang’ sebenar.

Tarung: Unforgiven kini masih ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Advertisement