Skip to main content

Viral

Tarian Singa Unik, Siap Guna Lagu ‘Ramadhan Tiba’ Buat Netizen Terhibur - “Yang Hijau Tu Mesti Anak Nombor 2 Kan?”

AstroGempak tarian singa ramadan tiba

Sekilas

  • Sebuah video tular memaparkan persembahan tarian singa di sebuah pusat beli-belah di Indonesia yang diiringi lagu Ramadan Tiba nyanyian Opick.
  • Tiga singa berwarna hijau, merah, dan merah jambu menari mengikut rentak lagu Ramadan dengan gaya sopan, di mana singa hijau mencuri perhatian dengan gerakan lucu dan aktif.
  • Netizen memuji gabungan elemen tarian singa Tahun Baharu Cina dan lagu Ramadan sebagai simbol perpaduan dan hormat-menghormati antara budaya berbilang kaum.

Tular di media sosial satu rakaman memaparkan persembahan tarian singa yang diiringi lagu Ramadan di sebuah pusat beli-belah.

Menerusi video berkenaan, tiga ‘singa’ dengan warna berbeza iaitu hijau, merah dan merah jambu dilihat mempersembahkan tarian singa seperti biasa.

Namun sebaik sahaja persembahan tamat, muzik secara tiba-tiba bertukar kepada lagu Ramadhan Tiba nyanyian Opick.

Apa yang melucukan, adalah apabila ketiga-tiga ‘singa’ tersebut kemudiannya terus menari mengikut rentak lagu berkenaan dengan gaya yang lebih sopan dan terkawal.

Bagaimanapun, ‘singa’ berwarna hijau dilihat paling mencuri perhatian apabila gerak tariannya lebih aktif dan lucu membuatkan netizen terhibur.

Antara komen netizen adalah:

Difahamkan persembahan tersebut berlaku di sebuah pusat beli-belah yang terletak Indonesia.

Sementara itu, di ruangan komen pula, rata-rata netizen meninggalkan respon positif serta menyifatkan gabungan elemen dua perayaan iaitu tarian singa yang sinonim dengan Tahun Baharu Cina dan lagu sempena Ramadan sebagai satu momen yang indah.

Gabungan tersebut turut dilihat melambangkan perpaduan masyarakat berbilang kaum serta semangat saling menghormati antara satu sama lain dalam meraikan kepelbagaian budaya dan perayaan
 

Anda mungkin berminat dengan

82602 Women Pants/Seluar Perempuan slack mini bootcut wanita scuba

82602 Women Pants/Seluar Perempuan slack mini bootcut wanita scuba

( FREE PILLOW ) Dr. Macio SpinoRes King / Queen / Super Single / Single Mattress German Spring Coil + Coconut Fiber 10

( FREE PILLOW ) Dr. Macio SpinoRes King / Queen / Super Single / Single Mattress German Spring Coil + Coconut Fiber 10

[Best selling] ANKER Zolo PD 30W Fast Charger GaN 20W Charger Ice-Cooled Fast Charging Slim Wall Charger-A2698

[Best selling] ANKER Zolo PD 30W Fast Charger GaN 20W Charger Ice-Cooled Fast Charging Slim Wall Charger-A2698

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

KUPE Girdle Magic Edition 2 (LIMITED EDITION COLOR) by Naomi Kupe Beaute *Seluar Ikat Pinggang Ajaib Edisi 2*

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

JEEP SPIRIT Ski Pants Waterproof and Windproof Women's Pants Winter Warm Pink Pants (s-3XL)

JEEP SPIRIT Ski Pants Waterproof and Windproof Women's Pants Winter Warm Pink Pants (s-3XL)

Must Watch Video

Advertisement