Sekilas
- Rita Rudaini menasihatkan ibu bapa supaya bijak mengimbangi antara kerja dan masa bersama anak-anak agar tidak terlepas detik berharga membesar mereka.
- Rita tekankan bahawa memori bersama anak lebih berharga daripada wang kerana masa yang diluangkan tidak boleh diganti.
- Netizen bersetuju dengan pesanan Rita dan berkongsi pandangan yang sama mengenai kepentingan masa berkualiti dengan anak.
Pelakon, Rita Rudaini, berkongsi pesanan menyentuh hati mengenai kepentingan ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Rita berkata walaupun mencari rezeki itu penting namun ibu bapa harus bijak mengimbangi antara kerjaya dan keluarga agar tidak terlepas detik berharga dalam proses membesarkan anak-anak.
“Anak-anak tak ingat berapa banyak duit kita ada tapi mereka ingat setiap masa kita ada dengan mereka.
“Bukan tak penting cari duit tapi masa dengan anak-anak itu yang paling tak ternilai tapi jangan nanti sedar sedar anak dah besar remaja,” coretnya.

Tambahnya lagi, memori bersama anak-anak adalah sesuatu yang tidak boleh diganti dan akan kekal menjadi kenangan paling bermakna sepanjang hayat.
“Duit boleh dicari, tapi memori dengan anak-anak sekali pergi, takkan kembali.
“Jangan terlalu sibuk mengejar duit, sampai terlepas momen yang takkan berulang dengan anak-anak.
“Satu hari nanti, rumah akan sunyi, yang tinggal cuma kenangan waktu mereka kecil,” kongsinya.
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan Rita selain mempunyai pendapat yang sama.
Sumber: Threads @ritrut727