Sekilas
- Pasangan Nana Mahazan dan Althea menjadi peserta pertama yang tersingkir dalam pertandingan Talk To My Manager 2 selepas mendapat markah 58.67% daripada juri.
- Nana bangga dengan usaha Althea yang dianggap telah menebus persembahannya sebelum ini walaupun keputusan tidak memihak kepada mereka.
- Mereka memilih lagu Halaman Cinta mengikut tema pertandingan dan menerima keputusan dengan hati terbuka sambil menghargai pengalaman yang diperoleh.
Pasangan Talk To My Manager 2 (TTMM2), Nana Mahazan dan Althea, terpaksa akur dengan keputusan juri apabila diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir daripada pertandingan tersebut.
Meskipun berdepan penyingkiran, Nana tetap meluahkan rasa bangga terhadap usaha dan persembahan yang ditampilkan oleh Althea sepanjang berada di pentas.
“Alhamdulillah. I think ralat memang ralat. I sedih lebih kepada Althaea because I think every week she give her best. Dia mungkin lain sikit kategori daripada orang lain. Mungkin ni bukan tempat dia untuk orang menerima kelainan macam apa yang dia bawa.
“Dan untuk minggu ni dia pun bawa lagu hantu tu, and I think she did her best. So kalau kata dia keluar pun saya sangat bangga dengan dia, sangat rasa tabik sebab dia did so well, lebih baik daripada minggu-minggu sebelumnya.
“Dia punya confidence, dia punya preparation, I think itulah pertandingan kan, ada kalah, ada menang, ada keluar. So kita terimalah, kita dah biasa dah kan benda-benda macam ni mesti ada penyingkiran tu, sooner or later kan. So Alhamdulillah, it's okay, it's fine. Walaupun dia sedihlah,” katanya kepada Gempak.
Nana turut menyifatkan Althea berjaya ‘menebus’ persembahannya sewaktu di Akademi Fantasia sebelum ini, meskipun keputusan juri tidak memihak kepada mereka.
Pada masa sama, Nana mengakui tidak ralat dengan pemilihan lagu kerana mereka hanya mengikut tema yang ditetapkan.
“Saya rasa dia telah pun menebus persembahan itu dan persembahannya jauh lebih baik daripada saya. I think she redeemed mummy dia. Sama ada tak kesah lah apa juga keputusan dia. So nak kata dia redeem ke tak, dia dah redeem.
"Cuma mungkin tidak untuk the judges, mungkin rasa ada kekurangan dalam persembahan dia, tapi untuk saya personally, even ramai juga orang yang DM ke apa ke, dia orang rasa okey, she did it kan. Dia perform yang sehabis baik, which I think itu yang paling penting. Keputusan tak kisah, yang penting you redeem mummy. Thank you so much for doing it for me kan.
“Tak juga, tak ralat dengan pemilihan lagu sebab kita memang mengikut tema. Lagu yang membawa kenangan kepada manager. Eh, lagu apa lagi yang tak kenangan kepada manager?
“Takkan nak bawa lagu I Will Survive, tu dah buat masa PC kan. So it's okay, it's a reality program, it's a game, so kita faham, kita move forward je insyaAllah,” tambahnya.
Sekadar info, Althea memilih untuk menyampaikan lagu Halaman Cinta nyanyian asal Misha Omar.
Menerusi persembahan tersebut pasangan itu hanya berjaya memperoleh 58.67% markah daripada barisan juri.
Selain Nana Mahazan dan Althea, turut berada di tangga tiga terbawah adalah Adira dan Anggrek serta Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.