Skip to main content

Berita

Polis Sahkan Arwah Nursyifa Ditikam 61 Kali, Bukan 105 Seperti Yang Tular Di Media Sosial

Arwah Nursyifa

Sekilas

  • Polis mengesahkan jumlah sebenar kesan tikaman pada tubuh Nurfisya Zulkifly adalah 61, bukan 105 seperti yang tular di media sosial.
  • Motif pembunuhan masih belum dikenal pasti dan siasatan terhadap empat suspek sedang dijalankan.
  • Orang ramai diminta tidak menyebarkan spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis.

Polis menegaskan bahawa jumlah tikaman pada tubuh seoranv penuntut Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya Zulkifly yang dibunuh adalah sebanyak 61 kesan tikaman dan bukan 105 seperti yang tersebar di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, jumlah tikaman disahkan melalui hasil bedah siasat dan ianya tidak termasuk luka lain seperti kesan calar yang turut ditemui pada anggota tubuh mangsa.

“Jumlah sebenar berdasarkan hasil bedah siasat adalah 61 kesan tikaman sahaja, tidak termasuk luka calar,” katanya.

Terdahulu, tular dakwaan bahawa terdapat keseluruhan 105 tikaman pada tubuh mangsa, namun angka tersebut tidak tepat berdasarkan kenyataan pihak berkuasa.

Sementara itu, Azmir walau bagaimanapun turut menegaskan bahawa motif kejadian masih belum dikenal pasti dan siasatan terhadap kesemua suspek sedang dijalankan.

“Setakat ini, empat tangkapan dibuat melibatkan dua remaja lelaki berusia 19 tahun dan sepasang warga emas. Siasatan masih berjalan dan kita meneliti kes ini dari pelbagai sudut,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, beliau turut meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis.

Sebelum ini, mayat Nurfisya, 19, ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di atas jalan di Ketereh oleh penduduk pada jam 12.22 tengah malam, Jumaat.

Mangsa dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum ditinggalkan di kawasan tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Must-Watch Video

Advertisement