Skip to main content

Hiburan

Talk To My Manager 2: Amarra Reda, Tak Menyesal Lepaskan Peluang Pertandingan Tarian Luar Negara - "Sekarang Saya Lebih Memahami Apa..."

Astrogempak AMARRA (1)

Sekilas

  • Ammara menganggap penyertaannya dalam Talk To My Manager 2 sebagai pengalaman berharga yang mengajarnya banyak tentang industri seni dan gabungan nyanyian serta tarian.
  • Walaupun kini dikenali sebagai penyanyi, Ammara tidak berhasrat meninggalkan dunia tarian dan akan terus aktif bersama pasukan tarian Rendezvous.
  • Dia bersyukur berjaya mara ke peringkat separuh akhir dan memperoleh peluang merakam single sendiri walaupun berasa sedih tidak dapat melangkah lebih jauh.

Bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Ammara mengakui penyertaannya dalam pertandingan tersebut memberikan pengalaman baharu yang cukup berharga buat dirinya.

Jelas Amarra, tidak pernah terbit perkataan menyesal dalam dirinya kerana TTMM2 banyak mengajarnya mengenai industri seni dan membuka peluang untuknya meneroka bidang nyanyian secara lebih serius.

“Bagi saya, ini memang satu pengalaman baharu sebab saya sudah menari sejak kecil. Dalam pertandingan ini, saya cuba gabungkan dua perkara yang saya suka iaitu menyanyi dan menari.

“Saya dapat belajar banyak perkara termasuk bagaimana industri ini berfungsi, macam mana nak menyanyi sambil menari dan bagaimana untuk mengawal vokal ketika membuat persembahan,” katanya kepada Gempak.

Pada masa sama, Amarra berkata dia tidak berhasrat meninggalkan dunia tarian meskipun kini mula dikenali menerusi bidang nyanyian.

Katanya, selepas tamat perjalanan dalam TTMM2, dia akan kembali aktif menyertai pertandingan tarian bersama pasukannya, Rendezvous.

“Saya masih muda, baru 13 tahun. Jadi selepas ini saya akan terus menyertai pertandingan bersama pasukan Rendezvous seperti biasa.

“Memang saya rindukan mereka sangat-sangat sebab sebelum ini kami selalu bersama untuk pertandingan tarian. Tapi saya anggap TTMM2 juga sebahagian daripada perjalanan dan pertandingan yang perlu saya lalui,” ujarnya.

Dalam pada itu, Amarra mengakui tetap berasa sedih kerana tidak berjaya melangkah lebih jauh dalam pertandingan tersebut.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir dan memperoleh peluang merakamkan single sendiri.

“Sudah tentu saya sedih dan ada rasa ralat, tetapi tidak mengapa sebab saya berjaya sampai ke peringkat separuh akhir.

“Sekarang saya lebih memahami apa yang dirasai oleh kakak-kakak dan abang-abang yang tersingkir sebelum ini.

“Tapi saya bersyukur kerana dapat peluang merakamkan single sendiri dan selepas ini saya akan teruskan pelajaran seperti biasa,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement