Skip to main content

Hiburan

Tak Tolak Kalau Ada Yang Nak Kenal, Azira Shafinaz Kongsi Ciri Lelaki Idaman – “Paling Penting Boleh Terima Keluarga Seadanya”

Astro Gempak 291

Sekilas

  • Azira Shafinaz kini fokus pada kerjaya dan belum memikirkan soal jodoh walaupun tidak menolak jika ada yang ingin berkenalan.
  • Dia mengutamakan pasangan yang menghargai, menyayangi, dan menerima dirinya serta keluarganya seadanya.
  • Azira bakal muncul dalam filem aksi TARUNG: Unforgiven yang akan ditayangkan di pawagam mulai 7 Mei 2026.

Penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz mengakui belum memikirkan soal jodoh buat masa ini kerana terlalu sibuk dengan komitmen kerjaya.

Menurut Azira atau nama lengkapnya Azira Shafinaz Ramlan, 34, dia tidak menolak sekiranya ada yang ingin berkenalan, namun buat masa sekarang fokusnya lebih terarah kepada kerja.

“Sejujurnya, saya tak adalah mencari sangat. Tapi kalau ada yang datang dan nampak serasi, apa salahnya? Kita berkawan dahulu dan tengok sejauh mana hubungan itu boleh pergi.

“Kalau ada jodoh, adalah. Saya tak pernah menutup pintu hati atau menolak kalau ada yang sudi berkenalan,” katanya.

Azira berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenalkan barisan pelakon utama filem TARUNG: Unforgiven yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) pada Sabtu.

Bagaimanapun, Azira mengakui jadual kerjanya yang padat membuatkan dia sukar meluangkan masa untuk menjalinkan hubungan istimewa.

“Buat masa sekarang, saya terlalu sibuk dengan kerja sampai nak uruskan diri sendiri pun tak sempat. Jadi macam mana nak ada masa untuk keluar ‘dating’ dengan orang?

“Jadi memang belum ada sesiapa lagi, tapi saya minta semua doakan yang baik-baik untuk saya,” ujarnya.

Berkongsi lanjut mengenai ciri-ciri lelaki idaman, Azira berkata dia mengutamakan pasangan yang mampu menghargai serta menerima dirinya dan keluarga seadanya.

“Asalkan dia tahu menghargai saya, tahu membimbing, menyayangi saya sepenuhnya dan paling penting boleh menerima saya serta keluarga saya seadanya,” katanya.

Ditebak sebagai seseorang yang sukar didekati, Azira menjelaskan agar tidak menilai seseorang hanya berdasarkan luaran semata-mata.

“Orang kata tak kenal maka tak cinta. Jadi kenalah kenal hati budi dulu. Jangan hukum seseorang itu berdasarkan luaran sahaja.

“Mungkin nampak garang di luar, tapi sebenarnya dia seorang yang berhati lembut,” katanya.

Menerusi perkembangan lain, Azira bakal tampil dalam filem aksi TARUNG: Unforgiven yang dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026.

Selain Azira, filem arahan Razaisyam Rashid itu bakal menampilkan gandingan pelakon popular seperti Aedy Ashraf, Bront Palare, Zul Ariffin, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Ikmal Amry, Aeril Zafrel dan Theebaan G.

TARUNG: Unforgiven mengisahkan bekas juara silat yang diburu dosa silam selepas berlakunya satu tragedi. Dia terpaksa bertarung di gelanggang haram demi menyelamatkan kakaknya, tanpa menyedari lawan yang menanti ialah orang terdekatnya satu ketika dahulu.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Must-Watch Video

Advertisement