Skip to main content

Hiburan

Syifa Melvin Selamat Bersalin Anak Kedua

VFDDFDF

Sekilas

  • Pelakon Syifa Melvin selamat melahirkan anak kedua pada Isnin, seperti dikongsi oleh adik iparnya, Alfi Rasid.
  • Suami Syifa, pemain bola sepak kebangsaan Safawi Rasid, dilihat mendukung bayi perempuan mereka dalam video yang dimuat naik di Instagram.
  • Syifa dan Safawi berkahwin pada November 2022 dan kini mempunyai dua anak, termasuk seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

Pelokon Syifa Melvin selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Isnin. 

Berita tersebut dikongsikan adik iparnya yang juga pemain bola sepak, Alfi Rasid menerusi Instagram Story.

"Alhamdulillah, masya-Allah anak buah yang ke-24. Tahniah Syifa dan Safawi (abang)," tulisnya. 

Menerusi perkongsian tersebut, Alfi turut memuat naik sebuah video memaparkan suami Syifa iaitu pemain bola sepak kebangsaan, Safawi Rasid sedang mendukung bayi perempuannya.

Syifa turut memuat naik semula hantaran itu dan mengucapkan terima kasih atas ucapan yang diberikan.

"Alhamdulillah, terima kasih Lan (panggilan Alfi)," ujarnya. 

Pada Ogos tahun lalu, Syifa atau Nur Syifa Atirah Amirul Melvin, 32, memaklumkan dia sedang hamil anak kedua. 

Pasangan itu kemudiannya mengadakan majlis gender reveal pada September 2025 dan memaklumkan bakal menimang cahaya mata perempuan.

Untuk rekod, Syifa dan Safawi mendirikan rumah tangga pada 28 November 2022.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Saif Sulaiman yang kini berusia tiga tahun.

Must-Watch Video

Advertisement