Pelakon muda, Syazwan Razak memilih untuk ke gim sebagai salah satu cara untuk membentuk disiplin diri selain memastikan tahap kesihatan berada pada keadaan terbaik.
Syazwan atau nama lengkapnya, Mohamad Syazwan Emir Abdul Razak juga berkongsi rutin ke gim yang sering dilakukannya juga adalah sebagai salah satu persediaan awal bagi projek lakonan terbaharunya yang bakal datang.
“Bagi saya, pergi gim itu untuk kesihatan saya dan mungkin untuk saya ubah diri saya menjadi lebih baik, lebih terletak dan lebih elok. Itu yang membuatkan saya pergi gim selalu.
“Dalam masa yang sama, menyelam minum air, saya buat persediaan untuk filem akan datang nanti, insya-Allah, ataupun drama-drama lain,” katanya kepada Gempak.
Mengulas mengenai tawaran filem yang diterimanya, adik kepada pelakon popular, Syafiq Kyle tidak pernah merasa terlalu awal untuk dirinya menerima tawaran tersebut.
Malah jelas Syazwan, setiap peluang yang datang kepadanya adalah salah satu rezeki yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
“Bagi saya itu semua rezeki. Alhamdulillah, rezeki saya sampai awal. Kalau nak cakap terlalu awal pun, sebab ini hanya jika saya dapatlah filem ini.
“Kalau saya dapat filem ini, ia akan menjadi filem kedua saya sebab sebelum ini saya pernah berlakon dalam filem juga beberapa tahun lepas. Jadi saya rasa ini memang rezeki untuk saya, rezeki untuk tahun 2026, insya-Allah,” tambahnya.
Hiburan
Syazwan Razak Ada Sebab Pergi Gim, Mahu Buat Persediaan Untuk…